Virus COVID – 19 tidak mengambil masa yang lama untuk menjangkiti seseorang. Hanya melalui sentuhan dan droplet(titisan) ketika kita batuk, bersin atau selsema ia akan menjejaskan sistem imunisasi seseorang
Pegawai Perubatan, Dr Adelin Md Zin dari Poliklinik Sakura, Alor Gajah, Melaka ada berkongsi info tentang COVID – 19 dengan cara yang lebih mudah untuk difahami
1. Covid19 menjangkit kita dalam bentuk droplet(titisan) yang keluar masa kita batuk, bersin dan selsema
2. Partikel dia lepas kelaur dari mulut atau hidung kita, “melompat” paling jauh pun 1 metet. Lebih dari itu dia akan jatuh ke bawah. Inilah sebabnya kenapa kena jarak 1 meter setiap orang.
3. Virus ini kena ada perumah/host/senang cerita “manusia” untuk hidup
4. Bila droplet jatuh ke atas barang-barang atau tangan, dia akan bertahan sementara sebelum mati (sebab dia tidak ada perumah melainkan anda terus pegang uka, hidung atau mata anda masa dia ada dekat tangan tu)
5. Cara nak matikan Covid 19 yang paling senang adalah dengan sabun tangan anda selama 20 saat. Sebab tangan anda yang transferkan Covid 19 ni dari barang-barang kepada diri anda apabila anda sentuh muka, hidung dan mulut anda.
Jadi anda harus ingat tiga sahaja:
1. Jaga jarak 1 meter supaya dia tak melompat pada anda
2. Sentiasa cuci tangan dengan sabun supaya segala mak nenek jenis kuman termasuk Covid 19 nyah dari tapak tangan anda
3. Sumber penularan Covid 19 adalah tangan dan droplet anda
maka, lepas beli barang, kemas dan cuci tangan anda. Pastikan siapa-siapa yang sentuh barang itu juga cuci tangan mereka. Jangan g cium plastik roti gardenia tu pulak sebab barang rare kan
Ubah etika anda sekarang kerana hasilnya akan nampak lagi 2-3 minggu. Kalau sekarang anda tidak ikut saranan KkM mungkin sambutan aidilfitri tahun ini hanya dengan videocall Whatsapp sahaja
Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi pemahamn kepada anda tentang COVID-19 dengan cara yang lebih mudah. Jaga kebersihan diri dan elakkan berada di luar rumah jika tidak perlu.