Bila imun anak-anak lemah, anak-anak ni mudah dapat penyakit. Lagi teruk nak kena masuk hospital. Kita sebagai parent ni mesti risau dan tak senang duduk kat rumah.
Jadi masa sekarang ni sangat penting kita fokus kepada kesihatan anak-anak kita. Tambah pulak masa duduk kat rumah ni kan.
Jom Sarah share cara nak tingkatkan imun anak-anak kita, supaya insyaAllah sentiasa sihat, ceria dan gembira.
1. Makan ikan
Ikan ada banyak khasiat yang baik untuk kesihatan, tambah-tambah untuk kanak-kanak. Cuba kita masak menu ikan dua kali seminggu untuk anak-anak kita.
2.Makan banyak buah dan sayur
Buah dan sayur ni banyak vitamin yang boleh tingkatkan sistem imun dalam badan anak-anak kita. Ada vitamin dan mineral yang berbeza ikut warna buah dan sayur.
Kalau boleh, kita bagi anak-anak kita makan buah dan sayur ni antara 3-5 kali sehari. Boleh makan segar, beku, dalam tin atau kering. Kalau susah juga diorang nak makan, boleh masukkan dalam makanan, macam buat puding, makanan ringan atau buat smoothie.
3.Tidur yang cukup
Anak-anak perlu cukup tidur untuk kuatkan imun badan mereka. Masa tidur yang sesuai untuk anak-anak ni ikut umur mereka.
- Bayi baru lahir – 18 jam
- Kanak-kanak bawah 3 tahun – 13 jam
- Kanak-kanak 3-12 tahun – 12 jam
Menyusu Badan
Memang susu ibu adalah susu yang terbaik untuk bayi dan dapat kuatkan imun bayi. Walaupun mungkin tak mudah, tapi memang bagus sis cuba dan kekalkan bagi susu badan untuk bayi sis.