RISAUNYA BAYI SUSAH TIDUR!

Kita sering mendengar cerita daripada kawan-kawan atau pun mungkin yang terjadi kepada diri kita sendiri mengenai bayi yang mengalami masalah susah tidur..

So, kami nak share 5 punca yang membawa kepada permasalahan ini. Ayuh ketahui punca masalah tidur bayi!.

1. DEMAM.

Demam boleh menjadi salah satu sebab mengapa bayi sukar tidur malam terutama bila adanya selsema, jangkitan telinga dan sakit kerongkong..Anak kecil itu akan jadi tidak selesa untuk melelapkan mata dan ingin berdakap dengan ibunya sahaja. Apapun, pastikan anda membawanya berjumpa doktor untuk dirawat..

2. BARU NAK TUMBUH GIGI.

Bila nak tumbuh gigi juga boleh menyebabkan bayi merengek, menangis dan tak mahu tidur malam. Apa yang anda boleh buat adalah memicit gusi bayi supaya dapat melegakan ketidakselesaan itu.Tapi, jangan lupa cuci tangan sampai bersih dahulu ya..

3. SAKIT PERUT, KOLIK ATAU KEMBUNG PERUT.

Punca bayi susah tidur malam menurut Islam juga adalah kerana si kecil itu kembung perut. Ia sama macam kita orang dewasa, kalau sakit perut tentu kita juga susah nak tidur kan? Maka ia sama juga dengan anak kecil..Apa yang anda boleh buat adalah meniarapkan bayi dan letakkan tangan anda pada perutnya. Cara kedua, pangku bayi, goyangkan kaki perlahan-lahan sehingga dia tertidur sendiri..

4. BANYAK RANSANGAN KETIKA BERMAIN .

Mendengar muzik, aktif bermain, suara televisyen yang kuat dan lain-lain turut menjadi faktor bayi susah tidur malam..Ibu boleh dodoikan si kecil, redupkan lampu dan urut sedikit tubuhnya serta perlahankan bunyi tv..

5. BERUBAH TEMPAT TIDUR.

Perubahan tempat tidur juga boleh menjadi sebab mengapa bayi sukar tidur kerana dia peka dengan perubahan di sekelilingnya..Namun, ibu harus sabar melayan keletah si comel itu dan dodoikannya dengan penuh kasih sayang supaya dia tahu anda ada bersamanya..

Diharapkan dengan sharing ini, ibu2 akan dapat mengetahui beberapa perkara yang selalunya dipandang ringan yang menjadi penyebab mengapa bayi anda bangun pada tengah malam. Jangan lupa untuk cuba 5 tips yang dibekalkan! Ingatlah. Tidur sangat penting bagi tumbesaran seorang bayi. jadi, jangan dipandang ringan..Semoga bermanfaat untuk ibu-ibu di luar sana. Jangan lupa like dan share yer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need Help? Chat with us