KEBAIKAN KURMA AJWA YANG KITA PERLU TAHU!

Ramadhan bakal tiba tak lama lagi. Mesti ada yang tengah pilih. Nak makan kurma apa ya tahun ni?

Ramadhan datang sekali setahun. Tahun depan, belum tentu kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan ini.

Apa kata tahun ini kita hadiahkan diri sendiri dan insan tersayang dengan kurma terbaik – Kurma Ajwa.

Kali ni kita nak share 5 kelebihan kurma Ajwa yang sepatutnya kita semua tahu.

1. Tenaga Segera

Kurma mengandungi karbohidrat dalam bentuk kompleks dan mudah diserap oleh badan dengan cepat. Sebab itu sunat kita berbuka dengan kurma dahulu supaya tenaga badan yang habis setelah seharian berpuasa dapat diganti dengan cepat.

2. Menyihatkan jantung

Kurma mengandungi kalium dan magnesium yang sangat baik untuk peredaran darah yang lancar seterusnya baik untuk jantung. Kurma Ajwa Gred Jumbo VIP sememangnya terbukti mempunyai kandungan bahan ini yang lebih banyak berbanding kurma biasa.

3. Bantu mengurangkan sembelit

Kurma Ajwa mengandungi serat yang sangat tinggi berbanding buah-buahan lain. Serat sangat penting dalam melawaskan pembuangan air besar dan membantu menyinkirkan toksik dari tubuh.

Amalan memakan kurma Ajwa 7 biji setiap hari akan membantu menyihatkan perut kita.

4. Diet Sihat

Kurma Ajwa sangat bagus untuk diet yang sihat. Mengapa? Pastilah disebabkan oleh kandungan seratnya yang tinggi. Serat merupakan bahan wajib yang membantu pembuangan sisa toksik dari badan.

Selain itu, kandungan fenolik tinggi dalam buah ini membantu membersihkan usus dan menurunkan risiko anda terkena kanser usus.

5. Nutrien Yang Banyak

Pengambilan kurma Ajwa memang disarankan oleh Baginda Rasulullah SAW sendiri. Mesti ada sebabnya kan?

Sebenarnya kurma Ajwa ini mengandungi diet lengkap untuk tenaga harian kita. Ibaratnya dengan hanya memakan kurma sewaktu sahur. Diet untuk tenaga seharian sudah lengkap.

Kurma Ajwa mengandungi Potasium, Karbohidrat, Vitamin B6, Vitamin B12, Vitamin C dan Serat yang sangat tinggi. Tiada kandungan lemak atau minyak yang tidak baik dalam buah ini.

Kandungan kalsium dan magnesium pula membantu orang lebih berusia menguatkan tulang dan menghalang masalah osteoperosis dan tulang rapuh.

====

Amalkan memakan Kurma Ajwa kerana saranan ini datangnya dari Rasulullah SAW sendiri. Inilah amalan baginda sendiri. Insya Allah pasti banyak manfaatnya.

Bulan Ramadhan ini bakal tiba. Bersedialah dengan kurma terbaik iaitu Kurma Ajwa JUMBO Gred VIP Terbaik yang didatangkan khas dari Tanah Suci Madinah.

Insya Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need Help? Chat with us