loader image

KEBAIKAN KURMA MARIAMI YANG IBU WAJIB KETAHUI!

Kurma Mariami merupakan kurma yang banyak dikaitkan dengan kaum wanita.

Nama Mariami tu sendiri pun diambil sempena nama “Mariam” iaitu ibu nabi Isa AS.

Apa kelebihan kurma ini. Pastilah banyak kelebihan terutama kepada kaum wanita sendiri.

1. Menambah hemoglobin semasa mengandung

Takut HB drop masa berpuasa? Tengah mengandung kan. Ha, ni lah penawarnya. Amalan mengambil 7 biji kurma semasa bersahur dan berbuka sangat membantu mengekalkan tahap HB ke paras terbaik.

Zat besi dalam kurma ini sangat bagus untuk menambah sel darah merah sekaligus menyebabkan HB anda tinggi sepanjang tempoh berpuasa.

2. Menambah susu badan

Isu paling ditakuti ibu menyusu semasa berpuasa ialah air susu drop. Ha inilah jawapannya. Amalkan kurma mariami ini. Bukankah Mariam, ibu nabi Isa juga mengamalkan Kurma ini sebelum bersalin dan selepas melahirkan baginda.

Pasti besar khasiatnya!

3. Menambah tenaga badan

Kalau ibu yang bekerja atau suri rumah sekalipun. Kesibukan semasa bulan Ramadhan pasti bertambah. Yer lah, tiap hari terpaksa memasak makanan sahur, petang pula masak untuk buka puasa pula.

Rutin harian lain tetap perlu dibuat. Mesti penat. Amalkan kurma Mariami untuk kekal cergas sepanjang hari.

4. Membantu pembentukan otak bayi.

Anda mengandung sekarang? Memang wajib la amalkan kurma Mariami sekarang. Mesti nak anak yang dikandung mempunyai akal pintar dan genius kan.

Mulakan makanan minda ini semasa pembentukan otak bayi dalam kandungan lagi.

5. Memudahkan proses kelahiran.

Makan kurma Mariami secara konsisten, 7 biji setiap hari semasa tempoh akhir kehamilan terbukti boleh memudahkan proses bersalin.

Bayi yang dilahirkan juga lebih sihat dan mempunyai antibodi lebih kuat melawan penyakit. Pasti kita anak yang dilahirkan bebas dari sebarang penyakit kan.

Bulan Ramadhan bakal menjelang tiba. Hadiahkan diri atau insan tersayang dengan Kurma Premium Mariami Gred AAA yang didatangkan khas dari Tanah Suci Madinah ini.

Insya Allah yang terbaik, fresh dari Ladang Kurma Madinah al Munawarah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *