MAKANAN YANG IBU HAMIL PERLU ELAKKAN!

Saat wanita sedang hamil, ia adalah menjadi satu kewajipan bagi wanita itu untuk menjaga gaya hidup dan corak pemakanannya

Ini bertujuan menjaga kesihatan dan mengelakkan mudarat kepada bayi yang dikandung.

  1. MAKANAN DAN MINUMAN BERKAFEIN
    Pengambilan makanan atau minuman berkafein dalam kuantiti yang sedikit sebenarnya tidak mendatangkan sebarang mudarat kepada ibu hamil mahupun bayi dalam kandungan.

    Cuma ia menjadi berbahaya dan mendatangkan mudarat apabila diambil dalam kuantiti yang berlebihan dalam tempoh masa berterusan. Bayi yang akan dilahirkan berisiko untuk kurang berat, kelahiran pra-matang atau lebih parah ibu kaan berdepan dengan risiko keguguran.
  1. MAKANAN MANIS, BERKALORI TINGGI DAN TINGGI MSG

    Makanan yang mengandungi kadar gula, Monosodium glutamate (MSG), dan kalori yang tinggi tidak baik bagi wanita hamil. Ia bagi memastikan perkembangan bayi normal dan kesihatan ibunya juga akan terjaga daripada sebarang risiko penyakit berbahaya dan mengancam nyawa kedua-duanya.

    Semua jenis makanan ini harus dihindari kerana akan meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit berbahaya seperti penyakit diabetes ketika hamil (diabetes gestasional).
  1. KEKACANG

    Pengambilan kekacang adalah dilarang bagi wanita hamil yang mempunyai sejarah penyakit alahan pada diri sendiri ataupun ahli keluarga yang lain. Ia adalah cara bagi mengelakkan bayi dalam kandungan mempunyai alahan yang sama.

    Kekacang kaya dengan sumber protein, namun bagi wanita hamil yang mempunyai sejarah alahan dan sejarah penyakit G6PD, hindarkan daripada mengambil kekacang.
  1. MAKANAN RINGAN

    Amalan pemakanan makanan ringan haruslah dielakkan sama sekali bagi memastikan kesihatan anda sentiasa terjamin.
    Ini kerana, makanan ringan rendah dengan vitamin dan nutrisi yang tidak lengkap serta tidak sesuai dijadikan makanan rutin untuk ibu hamil.

    Kandungan kalori, gula dan lemak tambahan yang sangat tinggi akan membahayakan diri anda dan bayi anda. Ia membawa risiko diserang pelbagai penyakit seperti obesiti, kencing manis, darah tinggi dan macam-macam penyakit kronik yang lain.
  1. AIR BIKARBONAT

    Air gas diperbuat dari pengkarbonat air tekanan tinggi dan karbon dioksida. Air bikarbonat di dalam air gas ini mengandungi karbon dioksiada sebagai bahan utama yang menyebabkan buih di dalam air gas.

    Air bikarbonat ini akan masuk ke dalam saluran darah dan mangambil kalsium dari tulang. Ini membuatkan ibu sukar untuk menampung perut dan menyebabkan sakit belakang

    Semoga bermanfaat untuk ibu2 diluar sana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need Help? Chat with us