loader image

5 CARA URUT BAYI SELEPAS MANDI, BIAR MUDAH TIDOR!

Urutan badan yang bukan saja dapat dinikmati oleh orang dewasa, tetapi juga anak kecil termasuklah bayi. Selepas mandi adalah waktu yang ideal untuk mengurut bayi. Dengan cara urut bayi yang betul, lebih mudah mereka tidur nyenyak.

SO, kita share 5 cara urut bayi yang boleh ibu-ibu praktikkan setiap hari. Ibu-ibu wajib baca tau!

1. SEDIAKAN TEMPAT YANG SELESA.

Pertama sekali, sediakan tempat yang paling selesa untuk mengurut bayi. Keringkan bayi dengan tuala selepas mandi supaya bayi tidak berasa sejuk. Pakaikan lampin jika anda khuatir bayi akan membuang air semasa diurut.

Pastikan semua kelengkapan telah ada di sisi supaya anda tidak perlu bangun dan bergerak ke mana-mana sepanjang sesi urutan nanti..Antara kelengkapan yang akan digunakan adalah:.- minyak urut- tuala kecil- pakaian bayi- selimut bayi

2. MULAKAN DARI KAKI .

Sebenarnya anda boleh memulakan urutan pada mana-mana anggota badan yang paling disukai oleh bayi. Namun, kaki adalah anggota yang sesuai kerana ia kurang sensitif berbanding bahagian-bahagian lain.

Mula-mula, oleskan sedikit minyak dan urutkan bahagian tapak kaki, tumit, dan ibu jari. Kemudian, beralih ke bahagian buku lali dan seterusnya ke peha. Gunakan sedikit daya untuk menggenggam peha bayi dan tariknya ke arah bawah.

3. URUTAN DADA DAN PERUT .

Letakkan kedua belah tangan anda di atas kedudukan jantung bayi. Kemudian, usap ke luar dan leperkan tapak tangan anda pada dadanya. Ulangi beberapa kali..Dengan menggunakan kedua-dua belah ibu jari, buat urutan dari bahagian pusat ke arah luar.

Gerakkan jari perlahan-lahan daripada perut ke dada..Sekiranya bayi selalu kembung, boleh gunakan teknik urutan ‘I Love You’, iaitu dengan membuat gerakan seperti huruf ‘I’, ‘L’, dan ‘U’ seperti dalam rajah di bawah.

4. BELAKANG BADAN .

Seterusnya, tiarapkan bayi anda dan mula mengurut dari bahu dan turun ke bahagian tulang belakang hingga ke punggung..Akhiri dengan membuat satu usapan memanjang dari bahu hingga ke hujung kaki. Gunakan sedikit tekanan dan ulangi usapan ini beberapa kali.

5. SAPUAN MINYAK HABATUSSAUDA.

Mulakan tindakan dari awal, jom ikhtiar dengan MAMZ OIL sebab MAMZ OIL adalah salah satu minyak yang dapat memberikan memberikan keselesaan kepada anak-anak. Boleh gunakan ketika anak lepas mandi dan sebelum tidor.. Paling BEST, MAMZ OIL sangat mesra penggunaanya dan multifunction.

Jadikan tips ini sebahagian rutin harian. Apabila bayi tahu dia akan diurut, secara automatiknya bayi juga tahu bahawa waktu tidurnya sudah hampir tiba. Maka apabila urut bayi dilakukan dengan konsisten, secara tidak langsung ia juga akan memberi isyarat untuk bayi tidur dengan lebih mudah..

Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *