loader image

HIRISAN LEMON, BAWANG PUTIH, DELIMA SERASI UNTUK RAWAT SELSEMA DAN BATUK ANAK

Batuk dan selsema dianggap penyakit dua serangkai yang tidak dapat dielakkan. Paling tidak dalam setahun, mesti beberapa kali diri kita sendiri atau anak-anak mengalami batuk dan selsema. Biasanya ubat dari klinik atau dibeli dari farmasi sudah ada tersimpan di rumah.

Cumanya bagi ibu bapa yang ada anak kecil, tak boleh sebarangan berikan anak-anak ubat batuk atau selsema tanpa nasihat doktor. Bimbang kesannya boleh memudaratkan anak kita.

Bagaimanapun anak kecil yang tak diberikan ubat , ibu bapa boleh ikhtiar dengan rawatan alternatif untuk membantu mengurangkannya.

Perkongsian mengenai dua cara yang digunakannya untuk rawat masalah batuk dan selsema anak dengan menggunakan buah lemon dan dilema bolehlah dicuba.

Caranya buat mandi dan letak dalam stokin tidur malam.

  • Cara 1 (cara luaran)

1. Guna bawang putih 3 ulas dan hirisan lemon
2. Air mendidih
3. Campurkan bawang putih dan lemon tadi dalam air mendidih dan wapkan baby.
4. Buatlah sehari dalam 3-4 kali. Paling wajib sebelum tidur malam mesti sekali.

  • Cara 2 (bagi minum jus delima)

1. Potong separuh buah delima, perahkan jusnya.
2. Dapat dalam 5ml dah ok
3. Bagi baby minum dalam 2-3 kali
4. Wajib bagi sekali sebelum tidur malam.

Buat masa ni lemon, bawang putih dan delima cukup serasi dan cepat baik selsema dan batuknya. Kalau dah lebih setahun, boleh campur madu juga.

In shaa Allah mujarab. Bolehlah cuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *