5 CARA HILANGKAN DENGKUR BAYI!

1 – Bersihkan hidung bayi Sebenarnya, petua hilangkan dengkur bayi ini boleh dilakukan sendiri di rumah saja.Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menitiskan cecair ke dalam hidung bayi sekali atau dua kali sehari (dapatkan di farmasi atau di klinik kesihatan.Paling tidak pun, gunakan aspirator hidung untuk membuang hingus bayi.

2 – Mandi dengan air hangat Petua hilangkan dengkur bayi juga adalah dengan cara mandi air hangat. Sebelum tidur atau mandi waktu petang biarkan si kecil seronok bermandi air hangat supaya tubuhnya lebih selesa. Ia sekaligus merawat masalah dengkuran bayi.

3 – Bersihkan kotoran habuk Laluan hidung bayi boleh tersumbat disebabkan habuk atau alahan. Keluarkan permaidani, mainan atau apa saja barang yang ada kotoran habuk. Kemudian jauhkan si kecil dengan haiwan berbulu seperti kucing.

4 – Bersihkan penghawa dingin/ kipas Jika bayi tidur dengan penghawa dingin atau kipas, anda perlu memastikan kedua-duanya dibersihkan dengan betul bagi menghilangkan debu dan habuk yang melekat di dalamnya. Bahkan, ia juga membantu meningkatkan kualiti udara di dalam bilik.

5 – Tukar posisi tidur bayi Salah satu punca bayi berdengkur juga adalah disebabkan posisi tidur yang salah. Sesetengah bayi cenderung berdengkur apabila suka tidur meniarap.

Sebab itu, mommies perlu pastikan dia tidur dengan posisi berbaring bagi mengelak masalah ini berlarutan.

Moga bermanfaat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need Help? Chat with us