loader image

Resepi TERBAIK untuk bayi 6 bulan yang Ibu wajib tahu!

Bayi memerlukan makanan yang berkhasiat untuk membesar dengan baik dan sihat. Sebagai ibu, pasti anda tertanya-tanya mengenai makanan bayi 6 bulan yang dapat membekalkan segala keperluan nutrisi mereka.

Pada usia 6 bulan, susu ibu masih lagi merupakan sumber utama nutrisi untuk bayi.

Walau bagaimanapun, pemberian susu ibu sahaja tidak mencukupi.

Kini, si manja sudah boleh mengambil makanan pejal untuk membantu mereka membesar dengan lebih sihat.

Ketika anak anda mencecah usia 6 bulan, si manja baru sahaja belajar untuk mengunyah.

Oleh sebab itu, makanan yang diberikan perlulah lembut dan mudah ditelan seperti bubur atau buah-buahan yang dilenyek.

Walau bagaimanapun, ada ketikanya anak anda mungkin tidak mahu makanan pejal. Jangan paksa anak makan. Sebaliknya, tunggu sehingga anak lapar dan tenang.

Sebelum anda berikan susu pada si manja, berikan makanan pejal terlebih dahulu. Barulah mereka akan makan dengan mudah!

Makanan bayi 6 bulan diberikan dengan tujuan untuk memperkenalkan anak dengan rasa, tekstur dan bau yang baharu.

Jangan risau jika mereka menolak untuk makan makanan pejal pada mulanya. Berikan mereka masa untuk menyesuaikan diri.

Bubur nasi antara pilihan makanan pertama yang terbaik

Untuk permulaan, pastikan anda menghidangkan bubur nasi kosong tanpa tambahan perisa (garam dan gula).

Perkara ini SANGAT PENTING untuk membina deria rasa yang baik agar anak dapat menikmati rasa sebenar makanan.

Menurut Public Health Malaysia, sekiranya mereka diperkenalkan dengan makanan lain seperti puri buah atau makanan dengan tambahan perisa, anak akan cenderung untuk menolak rasa makanan yang baru.

Ia juga boleh menyebabkan anak menjadi “picky eater” di kemudian hari sekiranya anda sendiri yang mengajar mereka untuk memilih makanan yang manis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *