loader image

4 Perkara Mummiez wajib buat pada bayi newborn.

Ruginya mummiez tak buat benda ni pada anak seawal usia sehari
 
Hi Mummiez, jadi ibu buat pertama kali memang buat kita rasa teruja. Dalam masa yang sama mesti kita rasa macam eh betul ke apa aku buat ni? Betul ke cara aku ni? Kan kan kan… takpe di Mamz ni kita akan share kan banyak tips dan ilmu parenting untuk sama-sama kita praktikkan pada anak.
 
Mummiez nak tahu tak cara nak elakkan anak kita ada speech delay, lemah motor skill, kurang fokus masa belajar, anak mudah jatuh sakit dan macam-macam lagi la masalah lain. Nak elakkan, Mummiez mesti bermula dari anak seawal usia sehari.
 
Jom Mummiez buat benda ni dengan anak seawal anak berusia sehari
🍼 Berikan anak susu Kolostrum
 
Eh susu apa Kolostrum tu? Jenama ke? Eh tak tak, susu Kolostrum ini ialah susu paling awal dihasilkan oleh Mummiez. Dihasilkan pada mula pertengahan kehamilan antara minggu ke 12- 18 dan beberapa hari pertama bayi dilahirkan.
 
Tekstur susu kolostrum selalunya melekit, pekat dan berwarna kuning, putih atau jernih. Sebab apa penting susukan anak dgn susu kolostrum ni Mummiez?
 
Sebab ia mengandungi pelbagai nutrien termasuklah antibodi yang meningkatkan imun badan bayi dalam minggu pertama kelahiran bayi Mummiez. Susu kolostrum mengandungi protein yang sangat berkualiti untuk memenuhi keperluan nitrisi pemakanan bayi seperti ketahanan badan, gula dan lemak. Unikkan? Subahnallah!
 
 👶Tummy time
 
Seperti di perkongsian sebelum ni, tummy time tersangatlah penting untuk anak.  Tummy time penting untuk membantu bayi anda membesar dengan kuat – walaupun bayi anda meragam dan menangis jika anda meniarapkannya. Pakar mendapati bahawa bayi yang tidak pernah meniarap akan lambat untuk menghasilkan skill motornya.
 
“Pengalaman meniarapkan mereka akan membantu bayi anda belajar untuk push up,  berguling, mmerangkak, dan cuba untuk bangun,” jelas Danette Glassy, pediatrik di Pulau Mercer, Washington, dan pengerusi untuk American Academic Pediatrik untuk pendidikan awal kanak. Jadi rugi sangat kalau Mummiez tak buat aktiviti ni dengan bayi.
 
 
🤱 Bercakap dengan anak
 
Kena rajin berborak dengan anak seawal usia sehari. Walaupun tiada respon, tapi sebenarnya bayi tahu itu suara ibu dia. Bayi mengenali suara ibu sejak dari dalam rahim lagi tau.
 
Berborak dengan bayi dapat bantu  mereka rasa tenang. Sebab bila bayi baru lahir ke dunia, bayi ni mengambil masa untuk suaikan diri pada kawasan yang lebih luas berbanding dalam rahim ibu. Bila berborak, bayi akan rasa eh suara ni dah biasa dengar.
 
 Dalam masa yang sama Mummiez dah dedahkan anak pada perkataan-perkataan. Ini yang dikatakan early exposure. Sebab tu bila anak dah di usia 2 tahun, Mummiez jangan terkejut kalau tiba-tiba anak gunakan perkataan2 yang kita tak pernah sebut. Bukan sebab dia ingat, tapi dia dah biasa dengar akan perkataan tersebut.
 
💪 Urutan buat Si Manja
 
Mummiez tahu, sebenarnya bila bayi di urut, dapat mengeratkan lagi hubungan Mummiez dengan baby. Satu  hormon dikenali sebagai oxytocin akan dibebaskan oleh ibu dan anak.
 
Hormon yang juga dipanggil ‘the love hormone’ (hormon cinta) ini menguatkan lagi ikatan antara si ibu dan anak meningkatkan lagi ikatan kasih sayang.
 
Jika dilakukan kerap, Mummiez boleh mengetahui perubahan tubuh badan si kecil.
 
Manakan tidak, setiap inci badan akan dibelai dan disapu manja. Jadi, kaau ada yang tidak kena, Mummiez orang pertama yang mengenalpasti perubahannya. Urut dengan Mamz Oil dapat meningkatkan antibodi anak dan kuatkan otot-otot anak.
 
So Mummiez, jom mulakan semua aktiviti ini dengan si Manja, tak terlewat pun jika anak dah 6 bulan, bak kata orang, better late than never . Okay, selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *