Hi Mummiez,
Ingat tak Selasa lepas saya kongsikan tanda-tanda anak yang mengalami separation anxiety. Jadi harini kita sambung dengan tips apa Mummiez perlu buat jika Si Manja Mummiez jauh sikit dari Mummiez yang nak ke toilet, atau pun nak ke dapur.
Setelah menelaah akan maksud Separation Anxiety, takut dan gusar akan kehilangan. Banyak sebenarnya cara yang Mummiez boleh bantu anak Mummiez agar mereka tenang dan belajar untuk berdikari. Antaranya:
1) Bercakap dengan bayi
Memang bayi tak faham bila kita cakap dengan dia. Hanya beritahu kemana Mummiez nak pergi. Sebagai contoh :” Mama nak pergi toilet kejap”. Pendek cerita, kena lapor baby boss, mama nak ke toilet, mama nak ke dapur, mama nak ke depan je. Sambil dalam toilet pun Mummiez kena cakap, contohnya: “Ye Mama pergi kejap je, mama dalam toilet ni.” supaya dia tahu Mummiez ada je di situ, cuma jauh sedikit. Lakukan je secara kerap, nanti lama-lama Si Manja akan faham.
2) Ajarkan konsep Bye-Bye
Bila pergi dapur, Mummiez kena cakap bye-bye pada Si Manja. Si Manja akan nangis, masa ni lah Mummiez mula main ‘pee-ka-boo’ dengan baby. Buat kerja sikit, then cakk! Dan sebut bye-bye. Sambung kerja balik dan cakk! dan sebut bye-bye. Ulangi langkah ni sampai anak dah terbiasa.
3) Bawa favourite toys anak
Kalau nak pergi mana-mana, pastikan Mummiez bawa mainan kegemaran anak supaya dia rasa selamat seperti di rumah, atau benda kebiasaan dia. Praktiskan benda ni bila nak travel atau balik kampung.
4) Bagi mainan alami.
Haa bila Mummiez letak anak di bawah, dan Mummiez ke dapur, cuba Mummiez kongsi dengan anak peralatan dapur macam senduk platik atau mangkuk plastik, biar anak main. Dekat sini dia akan rasa, eh dia tolong Mama dia. Boleh juga kurangkan kegusaran dia sebab dia fokus untuk explore ‘mainan’ baru dia.
5) Main kejar-kejar
Kalau bayi yang dah pandai merangkak, cuba main kejar-kejar dengan dia. Kononnya dia kejar Mummiez la tu, dan Mummiez boleh lari buat kerja. Bila semanja kejar nak dukung je, Mummiez lari lagi sambil gelak-gelak, mesti bayi suka. Dia fikir Mama dia tengah main dengan dia.heheh tricky kan.
6) Tegas
Cara yang terakhir, Mummiez buat semua langkah di atas, jika bayi masih menangis, mummiez tenang saja bila buat kerja, sambil selawat atau nyanyi. Kemudian Mummiez kembali pada bayi dan terangkan pada nya, “Okay mama dah siap. Mama buat kerja sebab nak bagi baby makan. Nanti baby lapar.”
7) Urutan Mamz
Mummiez tahu, bila kita berurut kita akan jadi lebih tenang dan sensori anak semakin bagus. Dengan urutan mampu mengawal emosi anak yang mengalami Separation Anxiety. Kerana dia rasa Mummiez dia ada je dan terasa-rasa belaian Mummiez tadi. Nak urut mestilah dengan Mamz Oil dan Mamz Cream tau Mummiez.
Apa pun Mummiez jika ada masa terluang, fokus untuk layan dan bermain dengan anak.supaya anak rasa dihargai. Harap perkongsian kali ni dapat beri banyak manfaat pada Mummiez.boleh kongsi tips ni kepada ramai orang okay. Jumpa lagi di penulisan yang seterusnya Mummiez.