1) Aktiviti bersama anak
Anak-anak tak pernah ada perkataan penat dalam kamus hidup mereka. Di fasa umur setahun ke atas, memang nak bermain saja. So Mummiez, apa kata, balik saja kerja, dalam jam 5 ke 6 petang, Mummiez terus luangkan masa bersama anak untuk lakukan aktiviti-aktiviti yang berat bersama anak. Sebagai contoh bawa anak bermain ke taman permainan, cuci kereta bersama anak, bermain basikal bersama anak, mengemas rumah bersama- sama dan sebagainya. Untuk bayi pula, Mummiez boleh ajak anak bermain pee ka boo, membaca buku bersama dan bermain flashcard.