Kadang-kadang bila berlaku sesuatu perkara yang merbahaya yang anak lakukan kita bukan saja tegur, malah kita terus membebel pada anak. Sebenarnya bila anak dalam keadaan terkejut atau ketakutan, anak tak dengar pun apa yang Mummiez bebelkan. Sebab apa, sebab perasaan takut itu melebihi dari nak dengar apa yang Mummiez tegur.
Sebagai contoh, anak terjatuhkan pinggan kaca Mummiez, Mummiez terus melenting dan menasihati anak agar lebih berhati-hati, menjadi lebih teliti. Anak Mummiez tak dengar pun sebab dia berasa takut dan banyak persoalan bermain di fikirannya. Antaranya, Mummiez akan marah saya ke.
Jadi Mummiez, biar anak lalui tempoh bertenang dan Mummiez boleh menasihati anak Mummiez agar dia faham dan melakukan perkara yang betul.
1) Waktu makan.
Makan bersama-sama anak memberikan impak positif yang besar kepada institusi kekeluargaan. Sebab bila kita makan bersama anak-anak, dari situ anak akan belajar berkongsi. Bukan sahaja berkongsi ,makanan, mereka juga belajar berkongsi cerita tentang apa yang telah mereka lalui sweharian di sekolah.
Ketika mendengar mereka bercerita, masa ni lah Mummiez selitkan nasihat dan panduan sebagai pedoman anak. Bukan itu sahaja Mummiez. masa makan juga dapat menerapkan adab dalam diri anak. Adab makan, adab mengambil makanan, adab berdoa, adab bersyukur rezeki, adab berbicara dan adab mendengar.
Jadi Mummiez, rugi sangat kalau masa makan digunakan untuk main gajet.
2) Semasa membuat aktiviti dengan anak.
Ahli pakar kanak-kanak mengatakan, bermainlah dengan anak ketika berusia 0-7 tahun dan disiplinkanlah anak ketika berusia 7-14 tahun.
Kedua-dua fasa itu berkaitan. Bila kita bermain dengan anak di usia 0-7 tahun, anak akan berasa kita memahami mereka. Sebab tu bila kita main dengan anak, kita pun kena jadi macam kanak-kanak untuk bermain dengan mereka. Anak juga akan bertambah kosa kata kerana Mummiez rajin bercakap dengan mereka.
Ibu bapa yang terlibat adalah ibubapa yang peduli sebenarnya. Di dalam permainan, pasti ada cara dan peraturannya. Jadi bila bermain, akan bermain dengan emosi. Inilah waktu yang sesuai untuk menasihati anak dengan penuh emosi dan penghayatan. Anak lebih mudah menerima teguran di waktu ini kerana mereka berasa gembira.
3) Waktu dalam perjalanan.
Zaman sekarang ni, ramai Mummiez yang berkerjaya, jadi tak hairanlah jika anak di hantar ke Taman Asuhan atau Tadika. Jadi terlalu singkat masa terluang buat Mummiez dan anak-anak. Waktu yang terkejar-kejar juga Mummiez boleh selitkan masa dalam perjalanan semasa hendak ke sekolah dan pulang dari sekolah.
Nasihat tak semsetinya panjang lebar, tapi perlulah yang sesuai dengan anak Mummiez. Contoh: Anas ni mama tengok, rajin tolong mama, Anas pun kena dengar cakap mama abah, semua teachers. Anas sayang semua, semua akan sayang Anas.
Sambil-sambil buka radio tu, boleh la buka radio yang boleh memberi info dan bermanfaat. Kemudian boleh jadikan modal untuk berbicang dengan anak dalam kereta. Kalau anak Mummiez bayi pun, wajib untu Mummiez berborak juga dengan Si Manja bila dalam kereta.
Contohnya: Nanti Adib beri kerjasama dengan teacher ya di taska nanti. Nanti Mama ambil Adib petang nanti. Walau dia nampak maacm tak faham, tapi sebenarnya sedang belajar cara berinteraksi.Mummiez lakukan ni sebagai rutin tau, nanti bertambahlah kosa kata anak Mummiez tu. Insya-Allah kita cuba ya Mummiez.
4) Semasa anak sakit
Menurut Dr. Abdul Hafizh Suwaid, sakit dapat melembutkan hati orang dewasa yang keras. Apatah lagi kanak-kanak yang sedia lembut hatinya.
Anak akan nak melekat je dengan Mummiez, jadi gunakan peluang ini untuk mendekati anak, belai dan menasihati anak. Masa sakit nilah Mummiez boleh terangkan pada anak tentang syukur adik sakit Mama ayah ada dengan adik. Adik kena syukur juga Allah beri sakit sikit je. Jangan pula Mummiez beri nasihat yang negatif. Contohnya : Inilah balasan sebab buat dosa dengan Mummiez. Kata-kata Mummiez doa tau.
Anak tak sihat cepat-cepat tau Mummiez sapukan Mamz Oil dan Mamz Cream agar anak di beri kesembuhan dengan cepat.