Mesti Mummiez tak pernah dengar apa tu floor time kan. Bahasa mudahnya floor time ni ialah masa untuk anak 7- 12 bulan bermain di lantai. Macam mana tu? Mummiez cuma pastikan lantai bersih, letakkan permainan kegemaran anak contohnya anak patung, teddy bear, atau rattles anak kemudian pastikan persekitaran anak selamat. Kemudian biarkan anak bermain merangkak, duduk atau mengensot untuk mencapai permainan di lantai.
Best aktiviti ni sebab anak boleh meneroka lebih banyak mainan yang mereka suka. Mummiez nak tahu sebenarnya banyak manfaat bila kita buat aktiviti ni pada anak. Sangat membantu dari segi perkembangan emosi, fizikal dan mental.
Menerusi perkongsian Puan Wan Nur Syakira, bayi akan belajar untuk meneroka dan menggunakan anggota badannya untuk berkembang dengan baik dan cergas.
Antara kelebihan Floor time termasuklah:
🍃Mengawal keseimbangan untuk duduk di atas lantai.
🍃Belajar mengensot dengan mengawal pergerakan kaki dan tangannya dalam masa yang sama untuk bergerak ke satu tempat ke tempat yang lain.
🍃Terapis ada sebutkan tentang weight bearing. Apa itu? semasa bayi belajar merangkak, mereka akan juga belajar untuk mengawal tubuh semasa berpaut di perabot.
Antara kelebihan bila Si Manja Mummiez boleh buat aktiviti floor time, Si Manja boleh bermain dengan sendiri. Sebab mereka nak fokus untuk meneroka permainan yang ada di sekeliling mereka. Jadi mereka akan ralit untuk tengok apa yang ada disekililing mereka.
Jadi ini akan memudahkan Mummiez untuk buat kerja, takdelah asyik nak melekat je 24 jam. Melainkan Si Manja Mummiez yang perlukan perhatian (high demand baby).
InsyaAllah dengan melakukan aktiviti ini, anak Mummeiz akan menjadi lebih matang dan lebih cepat belajar. Jangan lupa tau, nak bagi anak tenang bermain sendiri, Mummiez boleh juga buat urutan si Manja dengan Mamz Oil supaya anak tenang je nak main sendiri. Bila tak kembung, sihat badannya, mesti dia akan tenang dan tak meragam.