Bnayak komplikasi jika Mummiez tak merawat Influenza ini dengan cepat. Antaranya, seperti jangkitan pada telinga akan menyebabkan sakit telinga, paru-paru, jantung, otak dan sebagainya.
Pernah saya ke Klinik bila anak demam, Doktor meluahkan rasa gusar jika anak terkena jangkitan influenza. Sebab katanya, influenza ni tak boleh beri sebarang ubat jika anak terkena jangkitan influenza. Alhamdulillah bila test, anak negative influenza.
Influenza akan menyebabkan anak Mummiez demam tinggi dengan tiba-tiba dari 38-39 darjah celcius.
Antara simptom bila anak terkena jangkitan influenza termasuklah:
🚨Batuk
🚨Selsema
🚨Cirit birit
🚨Tiada selera nak makan
🚨Sakit perut
🚨Keletihan
🚨Sakit tekak