loader image

Kulat susu pada Si Manja?

Sedih bila susukan Si Manja tapi susu tidak mencukupi. Demand lebih banyak berbanding supply. Jadi Mummiez terpaksalah berikan susu formula buat Si Manja. Bila dah bagi susu formula, banyak benda Mummiez kena perhatikan, adakah Si Manja sembelit atau cirit, adakah susu tu menyebabkan alahan atau tidak.

Macam saya sendiri, bila anak mula minum susu formula, ada pula timbul putih-putih pada mulut baby. Macam dalam gambar kat atas tu. Sebab takde pengalaman sebelum ni, bawa baby pergi klinik, Doktor kata tak serius pun. Itu di panggil kulat susu. 

Lega bila dengar, sebab tak serius, tapi perlu di kawal, jangan ambil ringan pula. Tapi sebelum tu, jom kita kongsikan apa itu kulat susu dan apa tanda-tanda jika Si Manja anda di jangkiti kulat susu. 

Kulat susu ialah jangkitan yang disebabkan oleh kulat yis yang di panggil candida albicans. Candida biasanya ada dalam badan kita dan tidak mendatangkan risiko bahaya kerana dikawal oleh bakteria yang baik. Tetapi walau tidak bahaya, sudah pasti bayi tidak rasa selesa melihat lidah bayi putih.

Jangkitan ini boleh menyebabkan kemerahan, rasa sakit, kehilangan rasa dan mulut kering pada Si Manja Mummiez.

Antara tanda-tanda Mummiez perlu perhatikan pada anak ialah :

1) Kemerahan dan kegatalan dalam mulut.

Mesti pelik bila bayi selalu merengek, tapi diaper kosong, perut tak kembung. Bila tengok mulut dah ada tompok putih pada lidah Si Manja. Haa confirm lah kena kulat susu. Bayi lebih banyak meragam jika kulat susu muncul di leher atau kawasan lampin.

2) Kurang selesa untuk menyusu.

Bila terkena jangkitan kulat susu pada mulut, mesti Si Manja tak selesa. Pedih untuk dia nak menyusu. Bayi jadi takut atau trauma nak susu akibat rasa sakit yang mungkin di hadapi.

3) Kerap menangis dan merengek.

Bila mulut tak selesa, akan menangis la Si Manja. Sebabnya ketidakselesaan yang di alami membuatkan dia rasa ingin lebih perhatian. Memang macam tu kan Mummiez, bila anak tak sihat memang akan meragam. 

4) Ruam pada lampin.

Antara petanda anak dijangkiti kulat susu juga, lihat ruam pada lampin Si Manja. Jadi Mummiez perlu kerap tukar lampin Si Manja. 

Mari kita tengok apa cara yang boleh melegakan kulat susu pada anak.

Antara beberapa perkara yang mummiez boleh buat untuk mengurangkan kulat susu:

1) Untuk emngurangkan kemerahan dan kegatalan pada mulut Si Manja, Mummiez boleh berus gusi dan mulut Si Manja dengan berus gigi silikon lembut atau kain cotton. Cuci dengan air suam, kemudian perah dan oleskan sapu pada keliling mulut dan gusi Si Manja secara lembut. Ulang cara ini setiap kali selepas menyusu.

2) Steril semua peralatan penyusuan bayi. Antaranya : Puting botol susu, botol susu dan puting bayi.

3) Jika bayi sudah 6 bulan ke atas, kerap berikan air kosong.

4)  Kerap tukar lampin bayi. Jika ada ruam pada punggung bayi, cepat-cepat Mummiez sapukan Mamz Cream supaya Tak bertambah luka. Bila sapu Mamz Cream, ruam tu akan cepat kering dan akan melegakan Si Manja Mummiez. Alhamdulillah memang berkesan, sebab tu ramai yang recommend untuk guna Mamz Cream ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *