loader image

Gagal Ujian Pendengaran Usai Kelahiran Bayi? Ini Yang Perlu Mummiez Lakukan!

Pendengaran merupakan salah satu deria rasa yang sangat penting. Kita mula mengenal pertuturan dan persekitaran melalui penyimpanan memori pendengaran. Oleh itu, pertuturan bayi itu berkait rapat dengan pendengarannya.

Sejak bayi lahir lagi, sebenarnya deria pendengaran mereka telah sedia ada dan berfungsi. Namun, masalah pendengaran kekal merupakan satu kecacatan tersembunyi yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Rata-rata ibu bapa mula sedar anak mempunyai masalah pendengaran apabila pada usia yang sepatutnya, anak itu tidak mampu bertutur. Oleh yang demikian, pengesanan seawal mungkin perlu dilakukan agar proses  intervensi dapat dilakukan dengan segera di peringkat awal.

Ujian saringan pendengaran universal bayi wajar dilakukan ke atas semua bayi yang dilahirkan di satu-satu hospital.

Tujuan ujian saringan tersebut adalah untuk mengenal pasti  sama ada pendengaran bayi adalah normal atau bermasalah.

Mummiez harus lakukan ujian saringan tersebut selewat-lewatnya pada usia 3 bulan. Sekiranya bayi mempunyai masalah pendengaran, langkah pemulihan pula perlu dilakukan selepas ujian saringan selewat-lewatnya pada usia bayi 6 bulan.

Apa yang Mummiez perlu buat sekiranya bayi gagal ujian saringan pendengaran?

Bayi yang mempunyai pendengaran normal juga boleh gagal ujian saringan tersebut, di mana terdapatnya kemungkinan seperti:

  • cecair ketuban/sumbatan di dalam salur telinga luar.
  • cecair/sumbatan di dalam telinga tengah.
  • bayi menangis/banyak bergerak semasa ujian.

Oleh itu, adalah SANGAT PENTING untuk menghadiri temu janji susulan sama ada untuk mengulangi ujian saringan, atau menjalani ujian pendengaran diagnostik bagi pengesahan.

Setelah mendapat pengesahan dari Pegawai Pemulihan Perubatan Pendengaran (audiologis), bayi juga perlu menjalani pemeriksaan lengkap oleh doktor Otorinolaringologi agar tahu punca atau sindrom yang berkaitan serta rawatan khusus yang perlu dilakukan Mummiez.

Pendengaran berkait rapat dengan pertuturan. Oleh itu, bayi anda juga perlu menjalani penilaian oleh Pegawai Pemulihan Pertuturan untuk merancang program rehabilitasi.

Pada tahap ini, bayi Mummiez akan disarankan menggunakan alat bantu dengar (hearing aids). Sekiranya alat bantu dengar tidak dapat membantu masalah pendengaran bayi, pegawai akan mencadangkan untuk implan koklea.

Mummiez boleh berikhtiar dengan Momiz seawal usia bayi di dalam kandungan. Deria pendengaran adalah satu nikmat kurniaan Tuhan yang sangat penting dan indah.  Semoga dikurnia kesihatan kepada bayi yang bakal lahir nanti!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *