Sesetengah anak kecil gurauannya sedikit kasar berbanding yang lain. Bahasa mudahnya, ‘buat’ orang. Mummiez juga mesti ada pengalaman dipukul dan dicubit anak sendiri kan? Kadang-kadang jika ada sesuatu yang tak mengikut kehendak atau cara mereka, tindakan mereka sedikit kasar berbanding biasa.
Ada sesuatu yang terbuku di hati kecil mereka. Penyampaian melalui perkataan tidak mampu atas kapasiti kosa kata dan kemampuan bertutur yang terhad. Penyampaian melalui perlakuan lebih mudah kerana kemahiran motor semakin berkembang.
Anak kecil ini mungkin tidak tahu perbuatan mereka itu sebenarnya tidak elok, namun itulah cara mereka meluahkan ketidakpuasan hati mereka.
Ada beberapa cara bijak yang Mummiez boleh cuba terapkan pada anak kecil. Anak akan rasa yang kita cuba fahami apa yang mereka ingin suarakan.
- Ambil tangan atau kakinya dengan lembut, dan terangkan kegunaan anggota tersebut sebetulnya. “Anas, tangan ini untuk pegang buku supaya Anas boleh belajar. Bukan untuk pukul orang lain.”
- Ambil tangannya, gosokkan pada bahagian kawan/kita yang disakiti tadi. “Anas, kesian Aqeel sakit. Jom kita gosok dan tiup kat kepala Aqeel ni. Baca doa dan tiup sihatkanlah tangan Aqeel ya Allah.”
- Ajar anak untuk minta maaf pada kawan/kita. “Sayang, jom minta maaf. Anas tak sengaja kan. Aqeel, Anas minta maaf ya.”
- Ambil tangan anak kita, gosokkan pada dirinya di kepala atau dadanya. Sambil itu boleh kita doakan sekali “Anas anak yang baik kan, anak soleh abah mama. Allah sayang Anas.”
- Ulangi langkah-langkah di atas dengan penuh sabar dan konsisten bila insiden terjadi lagi.
Tidak dinafikan, perjalanan untuk mendidik anak yang bijak dan soleh penuh dengan likunya. Mummiez pasti ada momen-momen naik darah bertukar jadi Hulk! Sampai sakit kepala dibuatnya melayan kerenah anak kecil ini kan.
Mummiez boleh cuba ambil Mamz Gold dalam diet harian. Hanya 2 kapsul sekali sehari untuk kebaikan jangka masa panjang. Anak gembira, Mummiez sihat!