“Dulu kerja kilang memang penat sangat. Kilang offer VSS, terus ambik VSS dan jadi suri rumah sepenuh masa. Bila duduk rumah, duit simpanan semakin susut. Anak pula semakin besar, makin banyak belanja. Kenangkan suami kena tanggung semua, memang mengalir air mata.”
“Ya Allah, besarnya ujian Mu pada aku. Adakah aku mampu untuk menghadapinya? Pada hari itu juga, saya tekad nak ubah kehidupan jadi lebih baik dan SAYA BERIMPIAN untuk jadi usahawan yang berjaya!”
Berasal dari Pulau Pinang, Puan Naemah atau mesra disapa Kak Long adalah seorang Mamz Warrior sepenuh masa. Kejayaan beliau pada hari ini berkat dari semangat diri yang sangat kuat dan juga tidak mengenal erti putus asa.
“Kak Long tak pernah berniaga, tiada ilmu jadi banyak kesilapan yang Kak Long lakukan di peringkat awal ceburi dunia usahawan ini. Sampai satu tahap itu Kak Long hampir ‘syahid’, sampai tertanya pada diri sendiri apa yang aku tengah buat ini? Sebab rasa macam seolah-olah buang masa mengejar angan-angan yang mustahil untuk dicapai.”
Terjun ke dalam dunia usahawan yang sangat asing pada tahun 2017, Puan Naemah hanyalah seorang suri rumah sepenuh masa yang tidak punya sebarang pengalaman berniaga. Antara cabaran terbesar yang diharungi Puan Naemah ialah kurang mahir menggunakan medium Online. Adakalanya beliau bersengkang mata hingga larut malam untuk menguruskan pesanan pelanggan.
Pelbagai episod duka dan pahit yang dilalui, namun berkat kesabaran dan usaha beliau perlahan-lahan semuanya mula menampakkan hasilnya. Kini, cabaran-cabaran tersebut bukan lagi menjadi penghalang buat Puan Naemah.
Pada tahun 2020, kita dikejutkan dengan pandemik COVID-19 yang melanda negara. Puan Naemah juga tak terkecuali dari menerima tempiasnya. Bergantung sepenuhnya pada hasil jualan sebagai sumber pendapatannya, Puan Naemah tiada pilihan lain selain untuk terus cekal demi sesuap nasi.
Tidak dinafikan ada kemerosotan jumlah jualan ketika itu, dan Puan Naemah seperti buntu mencari jalan penyelesaiannya. Tapi bila suami kata, “InsyaAllah..suatu hari nanti bisnes awak pasti ada kedai sendiri, sabar ya..” tiba-tiba datang satu kekuatan untuk teruskan impian, iaitu ingin UBAH kehidupan jadi lebih baik. “Kak Long tak boleh mengalah sekarang! Kak Long kena teruskan juga!”
Dalam masa mencari jualan, beliau juga membuka peluang kepada Mummiez di luar sana untuk sama-sama menjana pendapatan. Banyak atau sedikit, beliau percaya bahawa dengan asbab berkongsi rezeki ini pasti ada ganjarannya. Bergerak secara berpasukan menjadikan Puan Naemah lebih bersemangat. “Alhamdulillah dengan Mamz, ramai Mummiez berjaya beri keselesaan pada keluarga tercinta” ujar Puan Naemah.
Masih ingatkah akan doa suami Puan Naemah suatu ketika dulu? Ya, episod manis Puan Naemah yang paling bermakna adalah pada tahun 2021, beliau berjaya memiliki kedai sendiri untuk mengembangkan lagi perniagaan Mamz beliau!
“Sebelum ini, Kak Long beroperasi di rumah sahaja. Itulah pejabat, itulah stor, itulah tempat membungkus, itulah tempat Mummiez ambil stok. Semoga dengan adanya kedai ini dapat beri kemudahan dan keselesaan pada Mummiez untuk mendapatkan produk Mamz.”
Episod manis Puan Naemah tidak terhenti setakat itu. Pada Januari 2022, Puan Naemah berjaya dinobatkan sebagai Top Sales Mamz Achiever dengan jumlah jualan sebanyak RM 211,504.00! Tahniah Puan Naemah atas pencapaian yang sangat hebat! Semuanya berkat usaha pasukan dan doa dari keluarga tercinta.
Berani keluar dari zon selesa adalah titik permulaan akan kisah kejayaan beliau. “Kak Long pegang satu sahaja. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih,” titip Puan Naemah sebelum mengakhiri bicara. Semoga kisah hebat Puan Naemah ini menjadi inspirasi buat Mummiez di luar sana!