Bayi pramatang dilahirkan sebelum 37 minggu usia kandungan Mummiez. Bayi yang normal dilahirkan 37 hingga ke 42 minggu usia kandungan Mummiez.
Ohh baru tahu kan, heee sebenarnya ada beberapa faktor yang menyebabkan Mummiez terpaksa melahirkan anak sebelum tempoh matangnya usia kandungan Mummiez.
Antaranya:
📌Sejarah kelahiran pramatang.
📌Kandungan kembar.
📌Mummiez mengalami pecah ketuban awal.
📌Mummiez mengalami tekanan darah tinggi semasa mengandung.
📌Sokongan sosial yang lemah.
📌Pengambilan alkohol, dadah merbahaya dan merokok semasa mengandung.
📌Jangkitan pada salur kencing
📌Jangkitan kongenital dalam kandungan