loader image

Kenapa Tekstur Makanan Bayi Perlu Ditukar Mengikut Umur?

Tahukah Mummiez, tekstur makanan memainkan peranan yang sangat besar dalam perkembangan awal si kecil? Ada faktor penting mengapa tekstur makanan si kecil perlu ditukar selaras dengan perkembangan umurnya.

Kebolehan bertutur sangat berkait rapat dengan kebolehan oral. Ini termasuklah pergerakan lidah dan rahang yang di mana berkait rapat dengan pemakanan dan juga membantu kemahiran bertutur si kecil.

Perkembangan kemahiran bayi meningkat dengan sangat cepat antara umur 0 hingga 2 tahun. Sebagai Mummiez yang bertanggungjawab, kita perlulah membantu si kecil dengan sebaiknya agar kemahiran mereka dapat terus berkembang.

Tekstur makanan si kecil ini perlu diubah seawal umur mereka 6 bulan. Mummiez boleh rujuk di bawah ya untuk tekstur makanan yang sesuai mengikut umur si kecil.

 

1. 6 Bulan: Puri

Fasa pertama si kecil terima tekstur makanan baharu, peralihan daripada cecair kepada puri. Mummiez perlu kisar dan tapis supaya halus seperti yogurt. 1/2 sudu besar sudah memadai sebagai pengenalan rasa baharu.

2. 7-8 Bulan: Separa Halus

Mummiez perasan tak semasa si kecil di fasa ini, mereka suka mengutip benda dan masukkan ke dalam mulut? Ini kerana lidah si kecil sudah mula ada deria rasa. Di fasa ini, Mummiez perlu kisar makanan tetapi tidak perlu tapis. Biarkan sedikit padat berbanding fasa sebelum ini. 

3. 9-10 Bulan: Separa Kasar

Kadang-kadang, ada si kecil yang mula tumbuh gigi seawal umur 8 bulan. Pergerakan kunyahan pun sudah mula nampak lebih baik. Mummiez boleh sediakan makanan dengan tekstur yang separuh kasar, dengan cara hanya lenyekkan makanan sahaja. Ini dapat membantu si kecil gunakan gigi dan gusi untuk menghancurkan makanan.

4. 11 Bulan: Kasar

Di fasa ini, Mummiez boleh beri dalam tekstur yang kasar tetapi lembik, tanpa perlu lenyekkan makanan, Boleh juga dibentukkan sebagai finger food si kecil. Mummiez juga boleh mencipta keseronokan ketika beri si kecil makan.

Sangat digalakkan juga untuk Mummiez campurkan sekali makanan si kecil dengan Mamz Oil. Khasiat Habbatus Sauda di dalam Mamz Oil boleh membantu perkembangan imunisasi buat si kecil. Semoga anak-anak Mummiez membesar dengan sihat dan aktif. Si kecil ceria, Mummiez gembira!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *