loader image

Kemampuan Si Kecil Berbeza Mengikut Perkembangan Otaknya

Perkembangan otak si kecil berkembang dengan sangat pesat semasa berumur 0-7 tahun. Boleh dikatakan inilah golden time untuk si kecil. Dalam fasa ini, peranan ibu dan ayah sangat penting bagi memastikan perkembangan otak si kecil tidak terbantut dan terjejas jika sering memarahi atau memaksa mereka.

Mummiez tahu tak, sebenarnya tidak ada si kecil yang TIDAK PANDAI. Yang ada adalah si kecil yang BELUM BOLEH BELAJAR. Ini kerana, setiap anak-anak yang lahir dikurniakan Tuhan dengan kapasiti otak yang sama. Apa yang membezakan adalah perkembangan otak mereka.

 

Kebiasaannya, si kecil yang tidak boleh belajar ini adalah kerana kapasiti otak mereka lebih kecil dari normal. Boleh rujuk gambar di atas, di mana ada perbezaan dari segi saiz otak si kecil melalui pemerhatian 2 orang kanak-kanak yang sama usianya.

Bila saiz otak mengecil, jumlah sel saraf juga akan berkurang. Sel saraf berfungsi untuk memproses dan memindahkan maklumat melalui isyarat elektrik dan kimia. Isyarat kimia berlaku melalui sinaps, iaitu satu sambungan khas antara sel. Dalam erti kata lain, sel saraf sangat diperlukan untuk perkembangan otak si kecil.

Antara faktor utama otak si kecil mengecut atau terbantut ialah kerana PENDERAAN EMOSI.

  •  Selalu ditengking/dijerkah.
  • Kerap rasa stress dan ketakutan.
  • Menidakkan/mengabaikan keperluan emosi.
  • Sering mengugut dan menghukum.

Oleh itu, kita tidak sepatutnya bersikap negatif dengan si kecil jika si kecil banyak beri alasan, tak faham cakap berulang kali, sering buat kesilapan yang sama, gagal belajar dari kesilapan dan lemah daya ingatan.

Sewajarnya, kita perlu bantu si kecil untuk tingkatkan potensi pembelajaran mereka terlebih dahulu. Bimbang jika dipaksa-paksa si kecil nanti akan menjadi sakit mental. Kasihan mereka.

Sewaktu golden time ini, perkembangan otak sangat pesat. Antara saranan dalam Islam ialah sepaya kita melayan anak seperti raja pada usia ini. Selain itu, sangat digalakkan juga untuk kita memberi makanan tambahan seperti Emune-X Junior. Selain menggalakkan imunisasi badan si kecil, ia juga mampu merangsang minda mereka.

Si kecil merupakan pelapis agama, bangsa dan negara kita. Diibaratkan mereka adalah sehelai kain putih yang suci bersih, maka corakkanlah mereka sebaiknya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *