loader image

Mamz’s Dreams Come True!

Dalam kehidupan, mesti kita berkehendakkan sesuatu kan? Tak kisah lah sama ada sebagai short-term goals mahupun long-term goals. Selain dari usaha yang tidak mengenal erti putus asa, dream board ini dikira sebagai pemangkin untuk kita dapatkan apa yang kita nak.

Dream board, atau papan impian adalah satu ruangan di mana kita boleh tulis atau letak SEGALA impian dan keinginan kita dan sangat berguna kerana ia akan mengingatkan kita tentang tujuan dan matlamat hidup di saat kita rasa ingin mengalah dalam sesuatu perkara.

Salah satu sebab kita disarankan untuk membuat dream board adalah kerana sebenarnya secara tidak langsung kita akan membuat latihan visualisasi tanpa sedar. Apabila membaca dan melihat impian di dream board itu setiap hari, kita akan mula membayangkan kejayaan diri mencapai impian-impian tersebut dan secara tidak langsung hati dan minda kita akan bekerjasama dalam berazam supaya apa yang kita tulis itu terlaksana.

Bertempat di Bangi Resort Hotel, bertarikh 15 September 2022 telah diadakan satu program anjuran Mamz HQ untuk semua staf. Program yang diberi nama “Mamz’s Dreams Come True” bertujuan untuk para staf sama-sama membuat dream board dan berkongsi impian masing-masing.

 

 

Program dimulakan dengan sesi penyampaian anugerah bagi menghargai usaha dan sumbangan para staf yang sama-sama membangunkan Mamz sejak dari hari pertama penubuhannya dan juga terdapat beberapa lantikan di peringkat pengurusan bagi membantu menguruskan syarikat yang semakin berkembang setiap hari!

 

Seterusnya bermulalah sesi persediaan dan pembentangan dream board. Pengasas Mamz Legacy Sdn Bhd, Tuan Zul dan Puan Ira membuka sesi pembentangan sebelum disusuli oleh para staf.

Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman: “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan doa permohonan kamu…” (Surah Ghafir, ayat 60).

Apa jua impian kita mesti ada niat dari hati. Selagi kita berusaha, tekad dan sentiasa berdoa agar segala apa yang kita lakukan itu dipermudahkan..insyaAllah cepat atau lambat pasti akan datang rezeki itu.

Sesungguhnya, rezeki tidak akan pernah salah alamatnya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *