loader image

Kenapa Si Kecil Batuk? Ini Puncanya Mummiez!

pexels-antoni-shkraba-6134670

Batuk adalah tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman dari memasuki saluran pernafasan yang boleh menyebabkan terkena jangkitan yang boleh merebak ke paru-paru, seterusnya menyebabkan penyakit yang serius! Tindakbalas semulajadi ini akan menghasilkan lendir atau kahak.

Antara sebab-sebab si kecil batuk adalah:

  • Penyakit yang berkaitan dengan virus (selesema, influenza).
  • Jangkitan pada saluran pernafasan (bronchitis, sinusitis).
  • Jangkitan pada paru-paru (pneumonia, tuberculosis).
  • Alahan.
  • Asma.
gambar bayi

Kebanyakan batuk adalah tidak berbahaya. Namun, ia pasti akan menyebabkan ketidakselesaan pada si kecil. Kebiasaannya, batuk akan hilang dengan sendiri dalam tempoh 3-4 minggu.

Jika si kecil batuk tidak melebihi 3 minggu, biasanya disebabkan oleh virus/jangkitan. Tetapi jika ia berlanjutan lebih dari 8 minggu, doktor akan meletakkan ia sebagai batuk kronik atau berpanjangan.

Terdapat banyak jenis virus selesema yang mungkin menyerang si kecil. Antara kesannya ialah hidung tersumbat, demam, bersin, dan sudah tentulah batuk. Pastikan si kecil mendapat cecair yang mencukupi.

Pneumonia pula adalah disebabkan selesema yang teruk, atau dijangkiti dari kanak-kanak atau orang dewasa yang mempunyai penyakit tertentu. Si kecil mungkin akan mengalami demam, keletihan, muntah dan cirit-birit!

Jika si kecil mempunyai gejala-gejala berikut, lakukan pemeriksaan doktor dengan segera!

  • Kesukaran bernafas.
  • Sesak nafas.
  • Demam panas suhu lebih 38-39 darjah celcius.
  • Batuk berdarah.
  • Batuk berterusan lebih 8 minggu.
  • Batuk dengan berpeluh pada waktu malam.
Ibu mana yang sanggup melihat anaknya menderita. Oleh itu, perkuatkan daya imun si kecil dengan Mamz Oil! Dengan penggunaan yang konsisten pasti dapat memberi keceriaan dan keselesaan pada si kecil.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Need Help? Chat with us