loader image

“Alhamdulillah, Boleh Kira Lah Dalam Setahun Tu Pergi Klinik Berapa Kali Jer…” – Satu Keluarga Jarang Sakit, Ibu Ini Kongsi Rahsianya

Eh…macam tu pula ya? Biasa kita dengar pergi klinik sampai tak terkira lah. Tapi sebaliknya bagi keluarga Puan Fazira ini. Alhamdulillah beliau dan keluarga dikurnia kesihatan yang sangat baik oleh Allah SWT. Tapi, di sebalik nikmat kesihatan itu mesti ada rahsia atau petua yang diamalkan beliau secara konsisten.

Masalah batuk selesema merupakan masalah yang sering dihadapi oleh ibu-ibu di luar sana. Menurut Puan Fazira, beliau juga tidak terkecuali dari menghadapi masalah yang sama. Tapi, apa yang membezakan beliau dengan ibu-ibu di luar sana adalah beliau menggunakan Mamz Oil untuk anak-anaknya termasuk juga dirinya dan suami tercinta.

Puan Fazira mempunyai 2 orang anak. Yang sulung berumur 2 tahun 8 bulan, manakala si adik pula berumur 1 tahun 5 bulan. Baru-baru ini, Mamz HQ berjaya mendapatkan Puan Fazira untuk berkongsi rahsianya. Jom kita telusuri perkongsian dari Puan Fazira!

 

Puan Fazira mula menggunakan Mamz Oil ini pada anak sulungnya sejak lahir lagi. Menurut Puan Fazira, dia kurang gemar akan minyak telon yang ada di pasaran kerana baunya yang kurang menyenangkan. Oleh kerana Mamz Oil ini tidak berbau, Puan Fazira menggunakan Mamz Oil ini sebagai minyak telon ‘ajaib’.

Usai kelahiran anak kedua mereka, Puan Fazira konsisten menggunakan minyak telon ‘ajaib’ ini. Ada lah juga di mana anak-anak demam, batuk dan selesema tetapi dengan Mamz Oil ini tidaklah berpanjangan dan melarat hingga ke tahap yang membimbangkan. “Kalau sakit pun, batuk berkahak pun dia sekejap je dah baik.”

“Biasanya anak-anak ni sakit pun sebab perubahan cuaca ataupun pergi mana-mana jumpa ramai orang macam balik kampung ke pegi mall ke…saya lumur je Mamz Oil ni satu badan, cepat sikit lah baik sakit tu. Macam kami pula, kami ambil Mamz Gold setiap hari. Alhamdulillah saya dan suami pun jarang-jarang sakit. Batuk selesema sikit-sikit biasa lah. Badan pun sedap tak lesu. Itu rahsia kami happy jer…” kata Puan Fazira sambil tersenyum.

Rupa-rupanya itulah rahsia Puan Fazira dalam menjaga kesihatan keluarganya. Benar, nikmat kesihatan ini adalah kurniaan Allah SWT dan semuanya di atas ketentuanNya. Tapi kita juga perlulah berusaha dan berikhtiar kan. Mummiez di luar sana dah dapatkan Mamz Oil dan Mamz Gold hari ini? Boleh dapatkan melalui ejen-ejen kami di seluruh Malaysia ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *