Si kecil yang terlalu penat, kebosanan atau marah akan menyebabkan mereka berkelakuan kurang baik. Orang tua-tua kata, buat perangai lah! Namun, sebenarnya pemakanan ada memainkan peranan dalam tingkahlaku kurang baik itu. Makanan jenis apakah itu?
Makanan ringan atau junk food, atau biasa dikenali sebagai ‘jajan’ adalah salah satu penyumbang kepada kelakuan ‘buat perangai’ itu. Oleh itu, Mummiez perlu mengawal dan mengehadkan makanan ringan dalam diet si kecil sebagai salah satu cara untuk mengurangkan kelakuan tersebut.
‘Jajan’ ini mempunyai ciri-ciri yang sangat menarik minat bukan sahaja untuk orang dewasa malah lebih lagi pada kanak-kanak terutamanya pada rasa, harga dan rupa ‘jajan’ itu. Namun begitu, ramai yang ambil mudah akan kesan sampingan dari kandungan gula, pewarna dan perasa tiruan yang terdapat pada ‘jajan’ ini! Antara masalah yang berlaku adalah:
- Ketagihan
- Hiperaktif
1. Ketagihan
Apabila si kecil sudah mula mengenal dan merasai makanan yang bergula, bergaram dan berlemak pasti ada kecenderungan untuk ketagihan. Semua ini mudah didapati pada makanan ringan. Ini menyebabkan mereka lebih gemar untuk memilih makanan ringan sebagai pilihan utama berbanding makanan sihat seperti snek buah-buahan dan sayur-sayuran.
2. Hiperaktif
Makanan yang bergula tinggi seperti roti krim, kek, aneka pencuci mulut dan gula-gula mempercepatkan peredaran darah seterusnya meningkatkan aktiviti si kecil secara mendadak. Keadaan ini akan menyumbang kepada pengurangan tenaga si kecil dan keupayaan untuk kekal fokus dalam suatu tempoh masa.
Sebelum Mummiez beri apa-apa ‘jajan’ pada si kecil, pastikan Mummiez semak dulu kandungan nutrisi yang terdapat pada ‘jajan’ itu. Pilihlah snek yang lebih berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, dan didik lah si kecil akan manfaat dan kebaikan snek sihat ini. Mummiez juga boleh berikan Emune-X Jr sebagai pengganti ‘jajan’ si kecil.
Mengandungi khasiat Habbatus Sauda, Cendawan Susu Harimau, kurma, madu, oren dan delima, Emune-X Jr sangat sesuai dijadikan makanan tambahan harian untuk si kecil bagi meningkatkan antibodi dan mengekalkan kecergasan sepanjang hari!