loader image

Khasiat Habbatus Sauda Yang Perlu Kita Ketahui, Tapi Yang Ini Paling Besar Manfaatnya!

Nigella Sativa, atau lebih dikenali sebagai Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan berbunga yang berasal dari Asia Selatan dan Asia Barat Daya dan boleh didapati di kebanyakan negara Eropah, selatan Afrika dan utara Myanmar.

Habbatus Sauda sering digunakan dalam masakan sebagai salah satu rempah pilihan di pelbagai negara seperti India, Asia Barat dan Poland. Habbatus Sauda juga boleh diproses atau dikisar sehingga keluar minyaknya dan dimakan.

Sejak berkurun lamanya Habbatus Sauda telah digunakan sebagai rawatan alternatif. Habbatus Sauda dikatakan mengandungi pelbagai bahan aktif dan antioksida yang bermanfaat pada kesihatan kita. Disebabkan itu, herba ini terutama minyaknya sering digunakan untuk mengubat pelbagai jenis penyakit seperti diabetes dan kanser. 

Di negara kita, Habbatus Sauda datang dalam pelbagai bentuk sama ada dalam campuran makanan Sunnah lain seperti madu, atau dicampurkan dalam minuman harian seperti kopi atau teh.

Habbatus Sauda telah lama digunakan sebagai rawatan alternatif untuk masalah hipertensi. Pakar perubatan mendapati bahawa pengambilan Habbatus Sauda sebagai makanan tambahan dapat mengurangkan bacaan sistolik dan distolik pesakit hipertensi. 

Selain itu, kajian menunjukkan bahawa pengambilan minyak Habbatus Sauda dapat menurunkan kadar gula dalam darah dan rintangan insulin badan, dan juga mungkin boleh digunakan sebagai rawatan untuk pesakit diabetes.

Habbatus Sauda juga dapat membantu seseorang yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma, batuk, sesak nafas, selesema dan batuk berkahak.

Produk Mamz menggunakan Habbatus Sauda premium bergred AAA dan campuran bahan-bahan yang berkualiti tinggi. Antara kelebihan produk Mamz adalah:

  • Kaya nilai vitamin E.
  • Rasa yang lembut, tidak perit.
  • Mesra pengguna.
  • Diproses menggunakan kaedah “Cold-Pressed”.
  • Diimport dari Dataran Arab Habsyah.
  • Diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Habbatus Sauda telah diterima dengan baik dan banyak digunakan dalam pemakanan seharian kita terutamanya dalam bentuk sapuan dan juga makanan tambahan. Rebutlah peluang untuk mengamalkan pemakanan Sunnah dan sihat untuk penjagaan kesihatan secara menyeluruh!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *