loader image

Cendawan Susu Harimau – Mitos Dan Kebenaran!

Pasti ramai yang sukakan cendawan kan? Cendawan goreng crispy, cendawan dalam sup sayur, cendawan tumis dengan sos tiram…dan macam-macam lagi lah! Pasti si kecil juga menggemari rasanya. Tapi tahukah Mummiez akan Cendawan Susu Harimau? Haa yang ini tak sesuai untuk dibuat masak ya. Tapi khasiatnya sangatlah besar!

Menurut cerita orang Asli, cendawan ini mendapat nama melalui satu kisah di mana kulat yang tidak dikenali tumbuh di mana titisan susu harimau betina jatuh secara tidak sengaja semasa menyusukan anaknya. Ubi cendawan ini dikatakan menyerupai “jisim susu putih yang membeku”.

Cendawan Susu Harimau, atau nama saintifiknya Lignosus Rhinocerus merupakan cendawan yang sukar ditemui, mempunyai nilai perubatan yang tinggi dan hanya boleh didapati di Malaysia, Indonesia, Thailand, selatan China, New Zealand, Australia dan Papua New Guinea.

Cendawan ini agak mahal harganya kerana ia tumbuh di hutan secara tunggal dan proses untuk mendapatkannya mengambil masa dan tenaga yang banyak. Namun pada tahun 2000, penanaman cendawan ini secara komersial telah berjaya dilakukan di Malaysia seterusnya dapat mengatasi masalah bekalan dan harga.

Dalam perubatan tradisional, masyarakat orang Asli di Malaysia telah lama memanfaatkan khasiat Cendawan Susu Harimau. Masyarakat orang Asli suku Temai, Temuan dan Jakun menggunakan cendawan ini untuk merawat asma, batuk, keracunan makanan, sakit sendi, bengkak bahagian badan dan sebagai tonik tenaga.

Cendawan Susu Harimau turut dimanfaatkan dalam perubatan tradisional Cina di Malaysia untuk meningkatkan kecergasan, tenaga dan daya fokus. Bahagian ubi cendawan ini turut dimakan mentah dengan daun sirih untuk melegakan batuk dan sakit tekak.

Seperti perubatan tradisional, kajian moden mendapati Cendawan Susu Harimau mempunyai potensi untuk merawat asma. Kajian menunjukkan ekstrak air Cendawan Susu Harimau mempunyai kesan anti-asma yang mengurangkan paras antibodi dalam darah dan keradangan. Cendawan ini juga dapat meningkatkan kapasiti antioksidan dan fungsi paru-paru.

Keradangan berpanjangan berkait rapat dengan pelbagai penyakit kronik seperti diabetes, strok, sakit sendi, asma dan sakit jantung. Cendawan Susu Harimau mempunyai ciri-ciri anti-radang yang boleh mengurangkan atau mencegah keradangan.

Cendawan Susu Harimau adalah salah satu bahan yang terkandung dalam Emune-X dan Emune-X Jr. Sesuai dijadikan makanan tambahan harian seisi keluarga bagi meningkatkan antibodi dan mengekalkan kecergasan yang optimum sepanjang hari!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *