Tahukah Mummiez, sangat ramai ibu di luar sana atau pengusaha taska yang kurang cakna dalam proses membancuh susu anak seterusnya melakukakan kesilapan ini?
Kebiasaannya begini aturan pembancuhan susu formula:
- Masukkan susu formula mengikut sukatan.
- Tuang air panas secukupnya.
- Tambah dengan air sejuk hingga menjadi suam.
- Goncang hingga larut dan sebati.
- Tuang sedikit susu untuk memastikan ia benar-benar suam.
Akibatnya, susu formula untuk anak kehilangan vitamin dan khasiatnya! Hanya sekadar mengenyangkan perut si kecil sahaja. Tak guna beli susu mahal sampai RM80 setin jika khasiatnya hilang begitu sahaja dek kecuaian kita.
Puncanya? Menuang air panas secara terus ke dalam bancuhan susu formula itu. Dalam erti kata lain, air yang panas bercampur secara terus dengan susu formula itu. Pada suhu 80 darjah Celcius sahaja sudah cukup untuk merosakkan vitamin dalam susu taw!
Jadi, macam mana nak kekalkan vitamin dan nutrien dalam susu formula tadi?
INGAT! Jangan letak susu dahulu dan terus masukkan air panas ke dalam bancuhan tadi.
Ini cara yang BETUL untuk membancuh susu formula:
- Tuang dahulu air sejuk.
- Tuang air panas sedikit demi sedikit hingga suam.
- Masukkan susu formula mengikut sukatan.
- Goncang hingga larut dan sebati.
- Tuang sedikit susu untuk memastikan ia benar-benar suam.
Susu merupakan makanan asasi si kecil untuk mereka membesar dengan sihat dan kuat. Namun, si kecil tidak pernah berenggang dengan batuk dan selesema kan. Untuk meningkatkan antibodi si kecil, spray kan sedikit Mamz Oil dalam bancuhan susu mereka. InsyaAllah batuk dan selesema bukan lagi satu masalah buat Mummiez!