Pernah tak anak Mummiez menangis tak henti-henti? Biasanya orang tua-tua suruh jumpa Ustaz untuk diubatkan. Tapi sebenarnya, ‘mereka’ tidak bersalah pun. Ada sesuatu yang lebih besar yang dirunsingkan si kecil!
Seawal kelahiran, seorang bayi belum lagi mampu untuk bercakap. Satu-satunya cara mereka berkomunikasi adalah dengan bergantung kepada tindakan refleks badan untuk menghasilkan bunyi.
Bila bunyi-bunyian ini gagal difahami atau tidak diberi perhatian, maka si kecil akan mula menangis. Menangis itu normal. Itu adalah cara mereka untuk cuba berkomunikasi dengan kita. Namun, jika tangisan itu berlarutan Mummiez perlu perlu cari puncanya secepat mungkin!
Kenapa si kecil menangis sebegitu rupa? Mari kita cari punca permasalahan tangisan si kecil. Tapi kan, no. 5 tu yang paling ramai Mummiez terlepas pandang…
Antara punca si kecil menangis:
- Demam
- Kembung Perut
- Gatal/Ruam
- Selesema
- Batuk Berkahak
- Suhu Badan Yang Tinggi Disebabkan Demam
Sebagai Mummiez yang baru melalui pengalaman pertama menerima kedatangan si kecil ke dunia ini, pasti sedikit sukar untuk menjaga si kecil yang demam. Jika badannya panas, pastikan anda tidak menutup badannya dengan kain tebal. Sebaliknya, Mummiez kena buka baju dan seluar mereka untuk lalukan udara sejuk pada badan. Mummiez juga boleh gunakan tuala lembap dan lakukan sponging. Letakkan seketika di atas badan dan dahi si kecil supaya tuala lembap itu dapat menyerap suhu yang panas seterusnya membantu menurunkan suhu badan si kecil dengan cepat.
- Perut Yang Kembung Dan Tidak Selesa
Jika si kecil tidak selesa dan menangis dalam tempoh yang lama iaitu lebih daripada tiga jam dalam satu hari, mereka mungkin mengalami perut yang kembung dan tidak selesa! Kembung perut adalah masalah yang sering melanda si kecil disebabkan Mummiez tidak atau lupa untuk sendawakan si kecil selepas menyusu. Penyuapan makanan yang cepat juga boleh mengakibatkan angin masuk ke dalam sistem penghadaman si kecil. Pastikan Mummiez tak lupa untuk tepuk bayi hingga sendawa setiap kali selepas makan atau menyusu ya!
- Gatal Atau Ruam Di Tempat-Tempat Tertentu
Si kecil mungkin kurang selesa akibat ruam. Kebiasaannya ruam menyerang pada bahagian yang memerangkap peluh dan cecair seperti kawasan lampin, celah peha dan celah ketiak. Ruam susu pula sering terjadi di pipi. Ini menyebabkan bayi gatal dan kadang-kadang boleh menyebabkan jangkitan. Mummiez perlu rawat segera masalah ini! Tuam dengan tuala lembap yang direndam dalam air panas untuk mengurangkan radang dan gatal. Atau gunakan saja Mamz Cream! Lebih mudah dan cepat. Si kecil pun bertambah selesa.
- Si Kecil Sedang Selesema
Hidung si kecil mungkin tersumbat menyebabkan mereka sukar bernafas. Ini juga menyukarkan si kecil untuk menyusu. Kesiannya! Pasang kipas atau penghawa dingin untuk menyediakan suasana yang nyaman. Pakaikan baju yang longgar pada badan si kecil. Pastikan hidung mereka dibersihkan dengan kerap. Dapatkan rawatan segera kerana dikhuatiri berlaku jangkitan pada paru-paru jika berlarutan lebih dari 3 hari. Sapukan Mamz Oil di dada dan hidung sikecil supaya hingus mudah keluar.
- Batuk Berkahak Disebabkan Selesema Berpanjangan
Batuk berkahak adalah masalah yang paling ramai Mummiez terlepas pandang! Ia merupakan kesan selesema yang berpanjangan. Batuk berkahak menyebabkan hidung si kecil tersumbat dan kahak mula memenuhi kerongkong bayi. Si kecil bukan seperti orang dewasa yang boleh membuang kahaknya dengan sendiri. Oleh itu, kita kena bantu si kecil untuk keluarkan kahaknya! Cara yang paling mudah adalah sapukan Mamz Oil di dada, belakang, dan masukkan sedikit di dalam susunya. InsyaAllah sangat mujarab!