loader image

Si Kecil Merajuk Atau ‘Tantrum’? Kadang Tu Dah Cakap Elok-Elok, Tapi Tetap Tak Mahu Dengar. Kenapa Ya?

“Anas! Masuk sekarang!”

“Tapi Anas nak main basikal kat luar. Abah jom la main teman Anas kat luar main basikal…”

“Tak boleh! Abah nak buat kerja ni. Dah dah masuk sekarang! Takde orang kat luar tu”

Berikut adalah contoh situasi di mana permintaan si kecil gagal dipenuhi. Setiap anak itu lain penerimaannya terhadap rejection. Ada yang akur dah redha, yang itu mudah dibawa berbincang. Tapi ada yang merajuk dan memberontak, silap haribulan takut kita yang stress pula!

Beberapa poin di bawah mungkin dapat membantu Mummiez untuk lebih memahami jiwa si kecil tersayang.

  • Mahukan Perhatian
  • Kawalan Penuh Pada Diri
  • Menguji Peraturan
  • Mempertahankan Diri
  • Ingin Kehadiran Disedari

1. Penagih Perhatian Sepanjang Masa

Si kecil mahu dirinya diberi perhatian. Mahu rasa disayangi, dimanja dan dibelai. Namun dia tak tahu cara dan tempat yang betul mendapat perhatian tersebut. Sebagai ibu dan ayah yang sentiasa sibuk, seharusnya kita kena elakkan daripada terus menengking anak walaupun cara mereka salah. Kesabaran haruslah setinggi Gunung Everest! Dan cuba berikan perhatian seketika walaupun ketika anda sedang sibuk melakukan sesuatu pekerjaan yang penting.

2. Ingin Buat Keputusan Sendiri

Dulu masa anak masih bayi, kita yang tentukan aktivitinya. Masa untuk tidur, mandi, makan, bermain dan macam-macam aktiviti lagi. Tapi bila mereka dah besar, perasaaan dan rasa hati si kecil sudah mula terbentuk menyebabkan mereka ada rasa hendak buat keputusan sendiri. Pendek kata, dia dah pandai nak ‘mencabar’ dengan ibu dan ayah dalam menentukan kata putus sesuatu perkara itu. Kalau disuruh mandi, si kecil sudah pandai menjawab “kejap lah mama, Anas nak main dulu lah.”

3. Rules Are Made To Be Broken

Semakin anak anda pandai berdikari, semakin dia bijak mencuba pelbagai perkara dalam kehidupan seharian. Ini termasuklah menguji peraturan yang telah ibu dan ayah tetapkan. Jangan cepat ‘cair’ dengan pujuk rayu mereka yang semanis kurma itu. Berikan mereka kata dua, ataupun boleh juga sama-sama berbincang dan terangkan dengan penuh hemah kepada si kecil mengapa dia mesti patuh kepada peraturan tersebut.

4. Kaedah Pertahanan 101: Memberontak!

Si kecil tahu sebenarnya jika dia buat ‘perangai’ mesti akan kena marah. Jadi sebelum dia dimarahi, lebih baik dia yang memarahi! Eh…boleh pula macam tu ya? Tapi itulah salah satu cara mereka mempertahankan diri. Pemberontakan si kecil itu sebenarnya lebih kepada salah satu cara mereka menterjemahkan keinginan untuk perhatian walaupun ia seperti melawan arus keamanan! “Kalau berdiam tidak dilayan, lebih baik mengamuk. Mesti mama abah datang kat Anas nanti…”getus hati kecil itu.

5. Hei…Saya Ada Di Sini. Saya Pun Mahu Turut Serta Juga!

Kadangkala kanak-kanak mahu diri mereka diterima oleh orang dewasa. Mereka enggan dipinggirkan. Salah satu cara untuk ‘mendapat tempat’ di mata orang dewasa adalah dengan cuba menarik perhatiannya melalui tingkah laku mereka yang kadang-kadanag itu boleh mengundang ketidakseleseaan. Contohnya, ketika ibu dan ayah sedang asyik berbual dengan orang lain, si kecil cuba menarik perhatian dengan melakukan sesuatu yang ‘besar’ supaya perhatian beralih pada dia. Niatnya hanyalah ingin sama-sama turut serta. Mungkin juga cemburu dan tidak suka melihat ibu dan ayah seakan-akan mengabaikannya.Jadi elakkan daripada si kecil merasa bosan tanpa perhatian. Paling utama adalah berikan dia tumpuan dan perhatian supaya dapat mengelakkan daripada dia memberontak dan mengamuk.

Jika ibu dan ayah mempunyai sesuatu untuk dilakukan, mungkin boleh turut sertakan si kecil jika ianya sesuai agar mereka dapat rasa diterima dan tiada jurang yang membezakan antara ibu-ayah dengan si kecil. Jika aktiviti itu tidak sesuai untuk mereka, elakkan kebosanan tanpa perhatian dengan cara berikan mereka sesuatu untuk dilakukan seperti pen dan kertas. Bila ada aktiviti tidaklah bosan kan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *