loader image

Mula Tu Ingat Nak Cuba-Cuba Jer…Tahu-Tahu Sampai Anak No. 3 Masih Setia Dengan Minyak Ni!

Semuanya bermula dengan rasa ingin tahu tentang minyak ini. Menabur bakti sebagai seorang ibu asuhan, Puan Siti Farhana sangat arif tentang kesihatan anak-anak kecil.

“Budak-budak ni dah kenal lama dari kecik lagi. Tu yang asal jumpa je memang main sama-sama. Tak kisah lah kawan tu selesema ke, kawan ni batuk ke…main tetap main! Itu yang budak-budak ni senang berjangkit.”

“Ada satu masa bila macam datang musim batuk selesema batuk tu memang susah sikit lah. Sebab budak-budak ni asyik meleleh je hingus masing-masing. Kejap-kejap kena lapkan hingus tu, tak boleh biar lama nanti budak-budak ni makan hingus tu!”

“Ada seorang akak ni memang letak siap-siap minyak ni dalam beg baju anaknya. Dia pesan setiap kali lepas anak dia mandi, sapu je minyak ni kat hidung, dada dan belakang badan anak dia.”

“Saya ikut je lah. Tapi macam tertanya-tanya juga minyak ni brand dari mana eh. First time dengar brand ni…sebelum ni pun parents biasa guna minyak telon ataupun minyak Y untuk anak-anak.”

“Saya perasan, anak akak ni jarang selesema dan batuk-batuk. Kalau dia sakit pun tak lama lah macam budak-budak lain. Start dari situ saya mula cari-cari pasal Mamz ni. Masa tu google pasal Mamz ni tengok eh office dia kat Putrajaya je rupanya. Memang dekat sangat lah dengan saya yang di Dengkil ni.”

Begitulah bibit-bibit pertemuan Puan Siti Farhana dengan Mamz.

“Saya gunakan Mamz Oil untuk anak yang no 2. Lepas mandi mesti sapu minyak ni depan belakang semua lah. Bila dia start batuk ke selesema ke saya spray je terus dalam mulut dia. Alhamdulillah anak saya serasi dengan minyak ni. Sakit pun jarang-jarang. Kalau setahun tu boleh kira lah berapa kali je dia sakit.”

Pertemuan kami dengan Puan Siti Farhana kali ini di pejabat urusan baru Mamz yang terletak di Bandar Baru Bangi. Puan Siti Farhana sanggup memandu dari Dengkil semata-mata untuk dapatkan Mamz Oil secara terus dari Mamz!

“Eh takpa bukan jauh pun. Alang-alang dah ke Bangi ni, boleh lah saya singgah jumpa kawan sekejap sebelum balik Dengkil,” ujar beliau.

Lebih mengujakan, Puan Siti Farhana baru sahaja melahirkan cahaya mata yang ke-3 pada 29 Ogos yang lalu! Kami doakan agar beliau dan baby sihat-sihat selalu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *