Hai, selamat pagi Mummiez!
Hari ini, kami di Mamz HQ menerima kunjungan Puan Siti sebagai tetamu walk-in. Beliau sanggup memandu sendirian selama 20 minit dari Sungai Tangkas, Kajang ke pejabat urusan Mamz di Ostia Bangi untuk mendapatkan Mamz Oil!
Mamz Oil itu bukanlah untuk kegunaan beliau sendiri, tapi adalah untuk adiknya yang sedang mengandung cahaya mata sulung.
Wah..tahniah! Soon-to-be Mummiez ni!
Seorang ibu mengandung memang tidak dapat lari dari masalah morning sickness. Dan setiap morning sickness itu tidak sama bagi setiap individu.
Dalam kes Puan Siti ini, adik beliau mengalami masalah kembung perut dan banyak angin dalam badan menyebabkan rasa sangat tidak selesa.
Angin dalam badan sememangnya membuatkan kita kurang selesa. Apatah lagi pada yang sedang berbadan dua, rasanya seperti 2 kali ganda kurang selesa!
“Adik saya minta tolong belikan minyak Mamz Oil ni. Dia kalau boleh nak drive sendiri, tapi sebab tak larat tu yang dia minta tolong saya.”
Harapan Puan Siti adalah dengan adanya Mamz Oil ini dapat membantu mengurangkan masalah yang dihadapi adiknya.
“Saya kadang tu macam kesian kat dia, tapi tak tahu nak tolong macam mana.”
“Semalam ada nampak iklan Mamz Oil ni kat Facebook. Tengok ramai yang kata minyak ni bagus! So nak cuba lah untuk adik guna,” ujar Puan Siti sambil tersenyum.
Kami di Mamz HQ mendoakan adik Puan Siti beroleh keselesaan dengan asbab penggunaan Mamz Oil ini!