loader image

“Mamz Beri Saya Peluang Untuk Lebih Menikmati Kehidupan Ini!” – Puan Raja Norfarahin

“Umur saya di Keluarga Mamz ni sebaya lah dengan umur anak saya, Aisy Falah!” ujar beliau sambil berseloroh.

Wajah Puan Raja Norfarahin adalah antara wajah-wajah yang menghiasi dinding Top Achiever Usahawan Mamz 2021, dengan jumlah jualan sebanyak RM 212,822.00!

Mula menyertai Keluarga Mamz pada 2019, sejak dari hari pertama lagi beliau tidak pernah menoleh ke belakang dan terus maju ke hadapan bersama Mamz!

Pelbagai kenangan manis yang diperoleh sepanjang hampir 4 tahun bersama Mamz. Antara pencapaian beliau yang terbesar adalah berjaya menyelesaikan pembiayaan pinjaman kereta Myvi miliknya yang berbaki 36 bulan secara lump sum, dan dalam masa yang sama berjaya membeli sebuah kereta baru iaitu Perodua Alza baharu, keluaran 2022 secara cash taw!

Selain itu, Puan Raja Norfarahin juga berjaya membuat simpanan Tabung Haji anaknya, Aisy Falah secara konsisten, dengan jumlah simpanan melebihi RM20,000.00! 

“Saya kurang sikit kalau barang kemas ni. Tapi emas investment saya suka! 2 bulan sekali saya dapat bawa keluar gold bar dalam 5g macam tu. Alhamdulillah lah sejak join Mamz ni rezeki tu ada je tak pernah putus.” 

Adakah pencapaian ini semuanya dengan hasil perniagaan bersama Mamz?

“Ya, betul. Apa yang saya dapat tadi tu semua dengan komisen jualan Mamz. Walaupun saya ada pekerjaan hakiki, Mamz banyak bantu saya capai impian yang saya inginkan sebelum ni.”

“Dengan Mamz, saya dapat tambah income saya setiap bulan. Sebab bila buat Mamz ni, margin keuntungan tu besar sikit berbanding yang lain-lain. Income tambahan ni la yang buat semua benda yang saya share tadi tu, saya punya achievement.”

Walaupun Puan Raja Norfarahin terpaksa berkorban sedikit dari segi usaha dan masa untuk menguruskan perniagaan Mamz ini, hasil yang diperoleh beliau tersangatlah manis.

“Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian,” kongsi beliau sebelum menamatkan bicara.

Semoga kisah Puan Raja Norfarahin ini dapat menyuntik inspirasi kepada kita semua untuk berusaha dengan lebih baik lagi demi mencapai impian kita!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *