Sebagai ibu dan ayah, salah satu impian adalah untuk membesarkan anak-anak yang mudah mendengar kata dan menerima arahan kita.
Di bawah ini, kami senaraikan beberapa tips untuk ibu dan ayah gunakan agar anak-anak lebih mudah mendengar kata dan menerima arahan dengan baik.
1. Sebarkan kasih sayang kepada anak-anak
Suaplah makanan kepada anak-anak dengan penuh kasih sayang. Sewaktu suapan itu, pandanglah tepat ke mata dan muka mereka. Niatkan dan doakan agar dengan rezeki makanan yang dikurnia Tuhan ini dapat menjadikan mereka anak-anak yang baik dan mendengar kata. Dengan cara ini, anak-anak akan lebih menghargai dan merasakan yang kita benar-benar menyayangi mereka.
2. Ambil peluang untuk luangkan masa bersama
Jangan pernah mengeluh untuk membesarkan anak-anak yang masih kecil. Inilah peluang yang kita ada untuk merapatkan hubungan bersama anak-anak. Oleh itu, janganlah kita sia-siakan anugerah Tuhan yang paling bernilai ini. Ketika anak-anak sudah besar dan pandai berdikari, pada masa ini tipislah harapan untuk ibu dan ayah bermesra dan bermanja dengan anak-anak kerana mereka sudah ada laluan hidup sendiri.
3. Pandang ke dalam mata anak-anak
Ibu dan ayah haruslah memandang tepat dalam mata anak-anak dan berada selaras dengan pandangan mata ketika bercakap dengan mereka, sama ada duduk atau melutut. Teknik ini memupuk rasa mesra antara ibu ayah – anak dan mereka akan merasa seperti dia seorang dewasa, sama seperti ibu dan ayahnya. Pendekatan ini adalah untuk melatih anak-anak untuk berkelakuan seperti orang dewasa, dan juga memupuk rasa saling hormat menghormati antara ibu ayah dan anak-anak.
Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat yang besar pada ibu dan ayah di luar sana!
P/s: Mamz sekarang sedang menjalankan promosi sempena Maulidur Rasul 2022, dari 8 Oktober hingga 21 Oktober 2022. Dengan setiap pembelian mana-mana 3 unit produk Mamz, Mummiez layak menerima 2 unit Edisi Khas Mamz Oil/Mamz Cream beserta keahlian percuma Mamz. Stok adalah terhad. Jom dapatkan Edisi Khas sekarang!