Tahukah Mummiez, diet sangatlah penting terutamanya makanan untuk ibu hamil? Mummiez sebenarnya memerlukan kalori tambahan lebih daripada keperluan harian sebelum hamil, lebih-lebih lagi jika sedang berada dalam trimester kedua dan ketiga. Apakah makanan yang Mummiez boleh amalkan dalam pemakanan harian? Jom ikuti lebih lanjt di bawah!
1. Produk Tenusu
Semasa kehamilan, Mummiez perlu ambil tambahan protein dan juga kalsium untuk memenuhi keperluan janin. Produk tenusu adalah sumber kalsium terbaik kerana ia mengandungi fosforus, pelbagai jenis vitamin B, magnesium dan juga zink. Mummiez boleh cuba susu segar dan juga yogurt!
2. Ubi Keledek
Sejenis makanan yang kaya dengan kandungan beta karotena, beta karotena adalah sejenis sebatian tumbuhan yang akan bertukar kepada vitamin A dalam badan kita. Mummiez disarankan untuk tingkatkan pengambilan vitamin A 10 – 40% dalam pemakanan harian. Hanya dengan 100 – 150 gm ubi keledek yang telah dimasak cukup untuk memenuhi keperluan harian Mummiez!
3. Ikan Salmon
Ikan ‘high-class’ ini sedikit mahal kerana kebanyakan sumber ikan salmon di negara ini diimport kerana kualitinya. Ikan salmon sangat kaya dengan kandungan asid lemak omega-3, iaitu sejenis sebatian yang dapat bantu tingkatkan fungsi otak dan juga kesihatan mata bayi Mummiez.
4. Telur Ayam
Telur mengandungi setiap nutrien yang Mummiez perlukan. Sebiji telur bersaiz besar mengandungi 77 kalori serta lemak dan protein berkualiti tinggi. Telur juga mengandungi banyak kandungan vitamin dan mineral, serta salah satu sumber terbaik untuk choline yang sangat penting untuk pembangunan dan kesihatan otak. Pengambilan choline yang rendah semasa sedang hamil akan meningkatkan risiko kecacatan tiub saraf dan berkemungkinan menyebabkan penurunan fungsi otak janin bayi.
5. Brokoli Dan Sayuran Berdaun
Brokoli dan sayuran berdaun seperti bayam mengandungi banyak kandungan vitamin yang penting untuk ibu hamil seperti serat, vitamin C, vitamin K, vitamin A, kalsium, zat besi, folat dan kalium. Sayuran seperti ini juga kaya dengan kandungan antioksidan dan juga sebatian tumbuhan yang memberi manfaat pada sistem imun dan juga pencernaan Mummiez.
Mummiez juga boleh amalkan Momiz sebagai langkah persediaan menerima cahaya mata baru. Momiz dapat bantu kurangkan alahan, menambahkan tenaga badan sepanjang kehamilan, menghilangkan lenguh-lenguh badan dan memperbanyak susu badan. Tunggu apa lagi Mummiez?