loader image

Jangankan Makan Nasi, Suruh Makan Pun Tak Nak! Ibu Ayah Sering Salah Faham, Ini Penjelasannya

kid, boy, muslim-635811.jpg

“Anak saya susah sangat nak makan. Bila bagi nasi dia tak nak. Tapi kejap lagi mulalah nak biskut lah roti lah. Macam mana nak buat ni?”

Mesti ramai ibu dan ayah yang ada kemusykilan macam ni kan?

Terdapat pelbagai faktor yang ibu dan ayah kena ambil tahu sekiranya anak-anak tidak mahu makan, antaranya dari segi pertumbuhan, development delay atau medical illness.

Jika terdapat isu-isu di atas, sebaiknya jumpalah doktor dan dapatkan konsultasi.

Jika anak-anak tidak mempunyai sebarang masalah seperti di atas, mungkin ibu dan ayah boleh lihat jawapan di bawah yang akan menghuraikan sebab anak-anak tak nak makan nasi.

Perut mereka tak sama macam orang dewasa. Jumlah pengambilan makanan pun tak sebanyak orang dewasa. Jadi logiklah jika mereka rasa lapar lebih awal dari orang dewasa. 

Kebiasaannya selepas 4 jam dari waktu makan terakhir, kanak-kanak akan mula rasa lapar. Bila lapar mulalah makan apa yang ada atau apa yang dia rasa sedap, contohnya biskut, coklat dan sebagainya.

Makan sedikit, dan sambung main. Cukup sekadar mengalas perut. Bermain itu lebih penting! Yeah!

Jadi bila ibu dan ayah ajak makan, mereka masih kenyang lagi sebab baru je makan makanan atau snek tadi. Itu yang bila bagi nasi pada mereka, mereka tak nak makan. 

Sebab nak sambung main, berlari, tengok TV dan sebagainya.

Ada juga di mana ibu dan ayah risau sebab anak-anak lebih memilih makanan lain seperti roti, mee, biskut dan lain-lain berbanding nasi.

Sebenarnya, tidak mengapa. Yang penting mereka mendapat zat yang mencukupi mengikut piramid makanan. Dapat karbohidrat, protein, sayuran dan lemak yang mencukupi.

Tips yang ibu dan ayah boleh cuba gunakan adalah dengan pastikan timing makan anak-anak betul dan sesuai. Baru lah senang nak bagi makan makanan yang berkhasiat!

Dan tak ada lah kes-kes anak bangun tengah malam lapar nasi…aduhai anak!

P/s: Kadang kala, disebabkan waktu makan yang tidak teratur anak-anak ada kecenderungan untuk mengalami keselesaan perut kembung disebabkan angin. Gunakan Mamz Cream untuk memberi kelegaan yang berpanjangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *