loader image

Asuh Anak Untuk Berdikari

Bilakah waktu sesuai untuk ajar anak berdikari? Berdikari sangat penting untuk disemai seawal usia supaya anak itu dapat mencapai kematangan pada perkembangan seterusnya.

Namun, ada ibu dan ayah yang merasakan bahawa anak-anak tidak harus diberatkan dengan tugas mengurus diri sendiri kerana ia adalah peranan ibu dan ayah mereka.

Bercakap mengenai asuhan untuk si kecil berdikari, satu aspek penting yang perlu difahami adalah kebolehan dan keupayaan anak-anak dalam melakukan sesuatu tugasan mengikut umur. 

Kanak-kanak yang diberi rangsangan dan peluang membentuk keyakinan diri tinggi antara salah satu kaedah membantu anak berdikari. Andai kata anak-anak tiada peluang untuk cuba lakukan sendiri tugasan harian, dikhuatiri ia akan menjadikan mereka hilang keupayaan dan malas.

Menurut perspektif kemahiran keibubapaan Islam, usia kanak-kanak antara 0 hingga 6 tahun adalah fitrahnya fasa untuk bermain. Ibu dan ayah tidak boleh letakkan jangkauan yang terlalu tinggi terhadap hasil tugasan pada peringkat usia tersebut kerana mereka melihat semuanya sebagai satu permainan.

Anak-anak akan tertarik dengan perkara dilakukan oleh ibu dan ayah, jadi adalah sangat penting untuk memberi dorongan kepada mereka. Pada fasa seterusnya (selepas 6 tahun), adalah fasa bimbingan di mana perlu ditekankan sedikit tentang praturan dan disiplin supaya anak bersedia untuk ke peringkat remaja pula.

Ketika usia remaja, anak-anak diberi tanggungjawab dan mula mengenal realiti hidup berdikari.

Dan yang lebih penting sebenarnya ialah ibu dan ayah perlu ada komunikasi dua hala untuk mengetahui sama ada pemberian tanggungjawab itu menyebabkan anak-anak rasa terbeban atau tidak. Mereka boleh menjadi lebih jujur mengenai perasaan dan kemampuan mereka.

Ibu dan ayah pula boleh beri dorongan dan motivasi pada anak-anak, dan tahu bimbingan bagaimana yang sesuai untuk mendidik anak-anak supaya berdikari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *