loader image

Perlu Ke Guna Minyak Telon Untuk Si Manja?

Hai Mummiez! Pernah dengar tak tentang minyak telon? Mesti pernah kan…tapi, sebenarnya perlu ke tidak guna minyak telon ini pada si manja?

Sebenarnya terdapat beberapa manfaat jika kita guna minyak telon pada si manja. Antaranya:

1. Memanaskan Badan

Untuk tempoh beberapa bulan pertama selepas lahir, si manja masih belum mempunyai sistem pengawalan suhu yang baik. Dengan penggunaan minyak telon, ia dapat membantu menghilangkan rasa sejuk si manja dan memberi keselesaan.

2. Meningkatkan Kualiti Tidur Bayi

Pada awal kelahiran, si manja masih belum dapat membezakan waktu siang atau malam dan banyak menghabiskan masa dengan tidur. Untuk membantu si manja tidur lebih lena, Mummiez boleh beri urutan lembut pada si manja bersama minyak telon sebelum tidur untuk memberi ketenangan dan keselesaan.

3. Melembapkan Kulit

Kulit si manja sangat sensitif terutama apabila berlaku perubahan cuaca, dan boleh mengelupas jika terlalu kering! Untuk mengatasi masalah ini, Mummiez boleh sapu minyak pada badan si manja terutama di bahagian yang adanya kulit kering untuk memberi kelembapan seterusnya mengelakkan pengelupasan kulit dari berlaku.

Tidak dinafikan minyak telon ada banyak manfaatnya. Namun, baunya yang sedikit ‘tajam’ mungkin kurang menyenangkan bagi sesetengah bayi mahupun orang lain. Oleh itu, bertukarlah kepada Mamz Cream!

Khasiat Habbatus Sauda yang dirumus khas untuk sapuan harian si manja. Sangat sesuai dijadikan sapuan harian si manja selepas mandi dan sebelum tidur bagi menggantikan minyak telon. Mencegah kembung perut dan selesema berkahak, Mamz Cream memberi keselesaan dan ketenangan agar si manja tidur lebih lena!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *