Salam Jumaat kepada ibu dan ayah semua. Semoga kalian semua berada dalam keadaan yang sihat sejahtera dan baik-baik sahaja.
Pasti ramai yang pernah mendengar gelaran Sayyidul Ayyam yang bermaksud penghulu segala hari diberikan kepada hari Jumaat kan? Sayyidul Ayyam merupakan panggilan istimewa kerana terdapat pelbagai keberkatan dalam hari Jumaat. Lebih istimewanya, terdapat pelbagai amalan sunat yang boleh kita lakukan.
1. Potong Kuku
Memotong kuku merupakan satu amalan untuk menjaga kebersihan diri. Maka potonglah kuku pada hari Jumaat kerana ia merupakan amalan sunat. Menjadi satu keperluan untuk kita menjaga kebersihan tangan dan jari bagi mengelakkan kotoran memasuki badan kita semasa makan.
2. Mandi Sunat
Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abdullah ibn Abi Qatadah bermaksud: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.”
3. Membaca Surah al-Kahfi
“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya akan diterangkannya dengan satu cahaya di antara 2 Jumaat.” (hadis riwayat al-Nasa’ie, al-Baihaqi dan al-Hakim).
Adalah satu kerugian jika kita tak ambil kesempatan ini untuk perbanyakkan amalan pada hari Jumaat untuk pahala yang berlipat ganda. Cari sedikit ruang, ketepikan duniawi buat sementara dan sering lah ingatkan diri agar tak terlepas dari menunaikan ibadah sunat hari Jumaat ini.