Pernah tak Mummiez alami penyakit kulit bernama gegata ini? Tak sakit, tapi gatalnya bukan kepalang. Bila digaru, makin besar pula. Kalau ikut orang dulu-dulu, gegata ini adalah hasil dari ludahan jin.
Menurut doktor, gegata ini dikenali sebagai urticaria dan ia merupakan sejenis alahan. Memang stress bila terkena serangan gegata ini, lebih-lebih lagi bila anak kecil yang kena. Asyik mengadu gatal dan sudah pasti rasa sangat tidak selesa!
Gegata boleh timbul secara tiba-tiba, di mana kulit boleh ‘berbintat’ seakan-akan gigitan nyamuk. Punca gegata ini terjadi adalah apabila tubuh kita merembeskan histamin dan beberapa bahan lain, menyebabkan cecair dibocorkan dari saluran darah ke lapisan dermis kulit.
Faktor ini membawa kepada kebengkakan dan kegatalan kulit yang melampau! Dalam kebanyakan kes, biasanya gegata akan hilang selepas 24-48 jam dan ia tidaklah serius.
Apabila diserang gegata, antara langkah yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:
- Elakkan menggaru gatal-gatal
- Sapukan krim anti gatal
- Tutup kawasan jangkitan dengan kain sejuk
- Pakai pakaian yang longgar
Untuk gegata yang ringan, boleh guna ubat tahan gatal iaitu ubat anti histamin. Selain itu, boleh juga cuba tuam dengan kain lembap sepaya kerengsaan pada permukaan kulit dapat dikurangkan. Disarankan juga untuk menggunakan Mamz Cream bagi mengurangkan rasa gatal-gatal itu. Mamz Cream berupaya untuk melegakan kegatalan, membekalkan kelembapan pada kulit dan melegakan kulit sensitif. Cubalah Mamz Cream hari ini!