loader image

Ketahui Beberapa Jenis Sakit Kepala Yang MENGHANTUI Rakyat Malaysia!

sadness, alone, to be alone-513527.jpg

Hampir semua antara kita pernah mengalami sakit kepala. Walaupun sakit kepala ini bukanlah dikategorikan sebagai penyakit kronik, namun jika dibiarkan berlarutan pasti akan mengganggu aktiviti harian kita.

Tahukah Mummiez, terdapat lebih 150 jenis sakit kepala yang berbeza karektor, punca dan rawatannya?

Mungkin selama ini ada antara kita menganggap sakit kepala disebabkan rasa pening, pusing atau mabuk. Di bawah ini disenaraikan 4 jenis sakit kepala yang paling biasa dialami oleh rakyat Malaysia.

1. Sinus

Sakit di sekitar mata, tulang pipi, dahi dan batang hidung. Akan rasa lebih teruk bila baring mengiring, bergerak secara mengejut dan pergerakan. Berlaku akibat jangkitan dan perubahan tekanan udara dalam rongga sinus.

2. Tekanan

Sakit di hadapan kepala, terasa seperti kepala diikat dan dihimpit. Aktiviti fizikal tidak akan menyebabkan sakit bertambah teruk. Berlaku akibat tekanan, kurang air dan otot tegang.

3. Migrain

Terasa sakit berdenyut di sebelah kepala dengan tekanan di belakang mata. Rasa sakit menjadi lebih teruk dengan pergerakan dan aktiviti fizikal, dan sensitif dengan cahaya terang dan bunyi bising. Biasanya akan rasa loya dan kabur mata.

4. Cluster

Sakit di sebelah muka, kepala dan mata. Posisi baring akan membuatkan sakit bertambah teruk. Puncanya adalah dari hidung atau air mata yang tersumbat.

Sekiranya sakit kepala semakin teruk, dapatkan rawatan dan konsultasi doktor dengan segera! Amalkan pemakanan sihat, rehat yang mencukupi dan pengambilan makanan tambahan yang sesuai untuk mengurangkan risiko sakit kepala seperti Habbatus Sauda yang boleh didapati di dalam Mamz Gold & Momiz.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *