loader image

3 Kelebihan Buah Delima Untuk Ibu Hamil

pregnant, woman, belly-6178270.jpg

Ibu hamil memerlukan nutrisi dan zat makanan yang baik, bukan sahaja untuk kesihatan ibu malah sebagai sumber nutrisi terbaik buat janin.

Tahukah Mummiez, buah delima sangat bagus untuk ibu hamil? Buah delima merupakan salah satu makanan sunnah yang disebut di dalam al-Quran. 

Jom kita tengok beberapa khasiat yang terdapat di dalam buah delima yang sangat baik untuk ibu hamil!

1. Asid Folik

Asid folik sangat penting dalam proses kehamilan. Ia sangat penting bagi memastikan perkembangan minda dan fizikal kandungan, sekaligus dapat mengurangkan risiko kecacatan tiub saraf pada tulang belakang bayi di dalam kandungan. Satu cawan jus delima yang diperah tanpa campuran gula mampu membekalkan 1/4 dari jumlah asid folik yang diperlukan oleh ibu hamil!

2. Zat Besi

Zat besi diperlukan untuk penghasilan sel darah merah yang mencukupi. Ibu hamil mudah diserang anemia, iaitu kekurangan sel darah merah. Buah delima sangat kaya dengan zat besi dan mampu membantu untuk mengelakkan masalah kekurangan sel darah merah. Selain itu, ia juga mampu mengurangkan risiko pendarahan semasa proses kelahiran.

3. Vitamin C

Buah delima kaya dengan Vitamin C dan kajian menunjukkan ia dapat membantu dalam proses penyerapan zat besi dalam sistem tubuh badan kita. Vitamin C membantu memastikan kesihatan tulang dan perkembangan tumbesaran bayi ketika di dalam kandungan.

Banyak lagi khasiat buah delima yang mampu memberi kebaikan kepada kita. Tapi perlu juga diingatkan bahawa segala apa yang baik sekalipun, jika diambil secara berlebihan akan mendatangkan keburukan. 

 

Bersederhanalah dalam kuantiti yang diambil supaya tidak memudaratkan kesihatan diri dan bayi yang dikandung.

Ibu hamil boleh cuba amalkan Emune-X sebagai makanan tambahan. Diperkaya dengan pelbagai makanan sunnah seperti Habbatus Sauda, cendawan susu harimau, madu, kurma, oren dan delima! Rasa yang masam manis pasti menjadi kegemaran ibu hamil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *