Ibu dan ayah risau tak bila ada anak lelaki yang cenderung main masak-masak? Bimbang ia akan mempengaruhi pembentukan karakter menjadi lembut dan sebagainya? Namun jika dilihat dari sudut positif, hal mainan tidak menjadi masalah kerana orang dewasa yang membuat klasifikasi pengkhususan jantina permainan itu sendiri.
Dalam dunia sebenar, secara profesional tugas memasak bukan lagi kerjaya yang dimonopoli oleh golongan wanita sebaliknya ‘chef’ (tukang masak) yang terkenal terdiri daripada orang lelaki terutamanya di hotel dan restoren.
1. Bercakap Dengan Anak Berkaitan Makanan/Industri
Permainan masak-masak boleh menyemai minat ke arah kerjaya dengan caa berkongsi kejayaan ‘chef’ lelaki yang terkenal. Ibu dan ayah boleh dapatkan gambar dan cerita tentang ‘chef’ di pelbagai lapangan industri seperti hotel, restoren, hospital, katering penerbangan dan sebagainya. Kembangkan perbualan dengan penyelidikan pemakanan dan hal-hal yang melibatkan industri seperti pertanian dan penternakan.
2. Dorong Anak Menerima Risiko
Ibu dan ayah boleh memberi tunjuk ajar pada anak lelaki dengan menunjukkan cara melakukan sesuatu perkara bukan sekadar melihat apa yang dilakukannya. Dorong mereka untuk menerima risiko, dari segi mental dan fizikal. Contohnya dalam permainan masak-masak, mereka boleh didorong menerusi perbincangan tentang perkara yang perlu dilakukan untuk aktiviti memasak seperti apakah sayuran yang perlu digunakan, daging yang sesuai untuk masakan itu dan sebagainya.
3. Bimbingan Untuk Fahami Persekitaran
Ibu dan ayah berperanan untuk menyalurkan anak kepada perkara yang positif. Bermainlah bersama mereka. Ini kerana kanak-kanak memerlukan perhatian dan bimbingan biar pun hanya sekadar aktiviti bermain. Melalui aktiviti bermain inilah kanak-kanak belajar memahami tentang persekitarannya.
Berikan anak-anak kecergasan dan kecerdasan dengan Emune-X Junior! Rumusan khas untuk kanak-kanak dari campuran makanan Sunnah dan bahan-bahan hebat seperti Habbatus Sauda, cendawan susu harimau, madu, kurma, kismis dan oren. Anak yang sihat pastinya memberi kebahagiaan buat kita semua!