loader image

3 Fakta Ringkas Tentang Kurma. Sebut Pasal Kurma, Teringat Puasa Tahun Lepas Pula!

dates, medjool, fruit-6638822.jpg

Sejak kecil, kita sudah dibiasakan untuk berbuka puasa dengan sekurang-kurangnya sebiji kurma sebelum makan juadah yang lain. Namun tahukah kita apakah yang menjadikan buah kurma ini begitu istimewa sehingga disebut dalam beberapa potong ayat al Quran dan hadis nabi? Jom ikuti beberapa fakta menarik di bawah!

1. Berapakah jenis-jenis kurma yang ada di dunia pada hari ini?

Di Malaysia, kita mungkin tahu kurma jenis Ajwa, tapi sebenarnya terdapat lebih 200 jenis kurma yang wujud di dunia ini! Antara kurma yang agak popular adalah Ajwa, Sukhary, Sabaka, Munifi, Khodry, Khalas, Ruthana, Sefri, Segae dan Hilali.

2. Apa kandungan nutrisi yang terdapat dalam buah kurma?

Menurut kajian, kurma ada banyak khasiat yang mampu memberi manfaat kepada kesihatan manusia jika diamalkan dalam diet harian kita. Antara kandungan nutrisi yang terdapat di dalam kurma adalah karbohidrat, serat, protein, mineral, dan vitamin B (termasuklah thiamine B1, riboflavin B2, niacin B3, phantothenic B5, pyridoxine B6, flate B9). Karbohidrat (70%) merupakan kandungan yang paling tinggi dalam kurma.

3. Adakah kurma berkesan merawat penyakit manusia?

Pelbagai kajian telah dan masih lagi dijalankan terhadap kurma. Dari sudut perubatan moden, kurma boleh menjadi ejen anti-oksida, anti-kanser, anti-radang, nephron-protective dan anti-diabetes.

“Sesiapa yang memakan tujuh (7) biji kurma Ajwa pada waktu pagi, tidak akan memberi mudharat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.” (HR Bukhari: 5445, Muslim: 2047).

Nak dapatkan khasiat kurma tapi dengan cara yang lebih mudah? Amalkan Emune-X untuk dewasa dan Emune-X Junior untuk anak-anak anda. Gabungan makanan Sunnah dan pelbagai makanan hebat termasuklah kurma, pastinya memberi perubahan kesihatan yang positif kepada seisi keluarga!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *