loader image

Nak Berjaya? Tukar Circle Anda

team, business people, competence-2651909.jpg

Jika kita masih tidak berpuas hati dengan keadaan kita sekarang, cuba lihat siapa kawan-kawan kita sekarang.

 Persekitaran kita akan mempengaruhi cara kita berfikir, cara kita bertindak dan cara kita membuat keputusan. Seringkali kita tertanya-tanya, kenapa kita tidak nampak apa-apa perubahan atau kemajuan pada diri kita.

Sebenarnya ramai orang terperangkan dalam situasi yang sama, mahu ubah dan capai kejayaan sama seperti orang lain. Tapi sayang, setiap kali nak buat tindakan seakan-akan ada sahaja yang menghalang. 

Hilang semangat, cepat bosan dan mudah berputus asa. Paling teruk, kita seakan-akan selesa dalam zon selesa kita yang sebenarnya tidak selesa mana pun. Masa berlalu begitu pantas, umur pun makin meningkat. Tapi kita masih di takuk lama. Kan rugi begitu?

1. Kenapa Kena Tukar Kawan?

Jika kita selesa dengan keadaan sekarang, tak perlu pun nak tukar kawan. Tapi pernah tak kita terfikir bagaimana nak ubah hidup kita sekarang kepada kehidupan yang lebih baik. So first thing first, ubah circle kita. 

Kawan yang positif akan membentuk cara pemikiran yang positif. Bukan budak-budak sahaja, malah orang tua pun ada masalah yang sama.  Sebab itu kalau kita beri sedikit perhatian pada sekeliling, golongan pemikir ada “kelab eksklusif” mereka sendiri. Bukan semua orang boleh masuk dalam circle mereka. 

Orang-orang yang membangkang juga begitu, mereka hanya berkumpul hanya di kalangan mereka sahaja. Sudah pasti dua jenis golongan ini menghasilkan sesuatu yang berbeza dari segi outcome nya.

2. Lihatlah Setiap Orang Itu Dengan Mata Lebah

Kita dilarang membezakan darjat antara satu sama lain kerana setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Boleh jadi golongan membangkang itu ada sesuatu yang golongan pemikir tiada. Dan begitulah sebaliknya.

Maka di sini kita gunakanlah akal fikiran dengan penuh kewarasan yang dikurnia tuhan. Ambil mana yang baik, dan jadikan iktibar mana yang tidak baik. Pokok pangkalnya, nilailah dengan penuh hemah bukan penuh perasaan. Setiap dari kita ada peranannya. Lebih ramai kita berkawan, lebih matang diri kita. Boleh melihat ragam dan pengalaman manusia dari pelbagai sudut.

Kesimpulannya, jika kita dahagakan kejayaan tapi circle kita penuh dengan orang-orang negatif berakal pendek yang pastinya satu saat nanti akan membenamkan potensi kejayaan kita, maka adalah sangat wajar untuk kita cari circle baharu yang lebih positif dan supportive. Seimbangkan ikut keadaan dan kesesuaian. Sesungguhnya kita lebih memahami diri kita, kerana kita yang menentukan hala tuju kehidupan diri ini dan bukannya orang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *