loader image

Risaunya Dah 3 Hari Adik ‘Tak Membuang’. Ada Salah Makan Ke?

baby, feeding, child-2490284.jpg

Bila si manja dah boleh makan, pasti ibu teruja. 6 bulan terawal si manja hanya minum susu sahaja. Macam -macam resepi nak dicuba. Tapi mungkin ramai yang tak sedar sebenarnya ada sesetengah jenis makanan yang boleh menjadi punca si manja sembelit!

Terdapat beberapa jenis makanan penyebab sembelit, antaranya ialah bubur nasi. Ini kerana beras putih telah melalui proses pembuangan kulitnya yang kaya dengan serat. Jika ini terjadi pada si manja, cuba beralih kepada beras perang atau sumber karbohidrat jenis bijian penuh.

Selain itu, peralihan dari susu badan kepada susu formula boleh menyumbang kepada masalah sembelit selepas mencubanya. Sebenarnya, bayi dan kanak-kanak adalah antara golongan yang paling sensitif terhadap produk tenusu seperti susu UHT, yogurt dan termasuklah susu formula.

Sesetengah anak sensitif terhadap gluten dan akan mengalami sembelit selepas memakan makanan bergandum. Gluten adalah protein yang sering ditemui pada makanan bergandum seperti roti, biskut dan kek. Bagi yang mengalami alahan kronik terhadap gluten ini, perlu dirujuk kepada pakar kanak-kanak dan amalkan diet bebas gluten.

Sedikit tips tambahan, biasakan si manja dengan pengambilan buah-buahan serta sayuran. Selain mengelakkan sembelit, tabiat makan ini juga kaya nutrisi dan penuh khasiat. Paling penting, jangan lupa pastikan anak minum air secukupnya setiap hari!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *