Alhamdulillah.. hari ni kita bertemu semula dengan Bulan Ramadhan tahun 2023 🙂
Hari ni kita nak share tips minum air cukup 8 gelas di bulan puasa supaya kita masih dalam keadaan segar dan hydrated walaupun sedang berpuasa
Haa mesti ramai duk kata alaaa bulan puasa ni susahla nak minum air masak. Berbuka mesti nak air manis-manis lah, air sejuk, blended smoothies semua baru ngam fuhhh. Hahahaha jangan risau iols paham uols ngidam nak minum air sedap time berbuka puasa kannn. Tapi macam mana pun air putih tetap tak boleh ditinggalkan yer sayang sayang semuaa. At least kekalkan 8 gelas sehari dah ok sesangat lah tu.
So sini iols nk share. Ni ikut saranan KKM tau. Bukan iols pandai pandai okehh. So uolss ikut je jadual ni.. In shaa Allah cukup dan tak rasa susah. Tak perlu minum berbotol sekali teguk pun hehe. Sihat dapat, cantik pun dapat. Haaa gitew.
Boleh ikut jadual ni hokey:
💧1 gelas ketika bangun sahur
💧1 gelas selepas makan sahur
💧1 gelas semasa berbuka puasa
💧1 gelas selepas makan
💧1 gelas selepas solat maghrib
💧1 gelas selepas solat isyak
💧1 gelas selepas solat terawih
💧1 gelas sebelum tidur
Ok guys? Senang kan. Jom kita cuba sama-sama mulai hari ni.
Silakan share supaya ramai lagi dpt amalkan gaya hidup sihat eh 😉