loader image

BAHAYA BATUK KOKOL!

Batuk kokol (whopping cough) adalah jangkitan bakteria akut melibatkan saluran pernafasan. Kebanyakan kes di Malaysia melibatkan bayi kurang 5 bulan kerana mereka belum mencapai imuniti optimum dan belum lengkap dos primer vaksin Pertussis.

Batuk kokol berpunca daripada bakteria Bordetella Pertussis. Ia kebiasaannya akan menjangkiti mulut, hidung dan tekak. Batuk kokol boleh tersebar melalui udara semasa pesakit batu atau bersin.

Gejala yang mungkin dialami oleh pesakit yang mempunyai batuk kokol ialah batuk berpanjangan selama 2 minggu dan kadangkala berlarutan sehingga 2 bulan. Kahak pesakit kebiasaannya berwarna jernih dan batuk boleh disusuli muntah. Individu yang dijangkiti boleh menyebarkan jangkitan dalam 2 minggu pertama batuk bermula.

Komplikasi akibat batuk kokol ini, pesakit mungkin mendapat radang paru-paru, radang otak dan kematian boleh berlaku. Pesakit akan kekurangan zat dan hilang berat badan akibat muntah yang berulang. Selain itu, sawan juga boleh berlaku ekoran kekurangan bekalan oksigen ke otak akibat batuk berterusan.

“KKM sedang meneliti keperluan pemberian vaksin kombinasi Tetanus-Difteria-Pertussis (Tdap) kepada ibu hamil bagi melindungi bayi bermula daripada dalam kandungan sehingga bayi dapat melengkapkan dos primer vaksin kombinasi 6 serangkai mengikut Jadual Imunisasi Kebangsaan” -Dr Zaliha Mustafa-

Bersama kita melindungi yang tersayang terutama anak-anak kecik daripada wabak batuk kokol dengan membudayakan pemakaian pelitup muka ketika berada di luar. Ambil vaksin mengikut masa yang ditetapkan agar bayi anda mempunyai antibodi yang kuat bagi melawan penyakit. Bersama banteras wabak batuk kokol.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *